Sabtu, 17 Mac 2012

Kata-Kata Romantis




Apabila cinta memungkiri niatnya, jadilah siang tiada mentari. Terlihat malam kehilangan purnama. Terasa syurga kehilangan bidadari!

Jangan Mengucapkan kata-kata indah dan manis buatku kerana aku takut akan menyayangimu. Jangan mengambil berat tentang diriku kerana aku bimbang akan mengasihimu. Jangan terlalu baik padaku kerana aku takut akan merinduimu.Jangan memberikan kenangan atau harapan kerana aku khuatir kan jatuh cinta padamu.Jangan menghargai pertemuan itu kerana aku tidak mahu menderita kerana kehilangan dirimu lantaran perpisahan ini.

Kehidupan selalu menemukan kita dengan berbagai keadaan yang berbeza, suka dan duka, pahit atau manis...namun salah satu pemberian terbesar yang kita terima dalam kehidupan adalah sebuah cinta yang suci!

Cinta adalah komitmen jiwa. Tanpanya, cinta adalah angka angka kosong yang tiada makna.

Bukan semua apa yang kita mahukan dan inginkan akan menjadi milik kita. Dan kita memperolehinya dengan semudah kata bicara.. Kadang ada perkara dan benda tidak dapat kita miliki dan menjadi hak kita.. Sedarlah kita hanya mampu berusaha, dan berdoa. Seterusnya tawakal di dalam mencari sesuatu.

Cinta itu suci andai berada pada landasan rabbani.


Jodoh itu telah ditetapkan, bezanya sama ada kita mendapatkannya dengan cara mulia atau cara hina. Pilihlah.



Menunggu Itu Memang Mudah.. Kita cuma Perlu Tunggu Dan Terus Tunggu Selagi kita Termampu. Tetapi Untuk MENYEDARI HAKIKAT Bahawa Orang Yang Kita Betul-betul Harap Akan Bersama Atau kembali Kepada Kita Itu Bukanlah Mudah Kerana Hakikat Itu Tidak Mudah Untuk Kita Terima.


Bercintalah bersahaja.. Belajar mengenal erti kesakitan terlebih dahulu.. Agar suatu hari nanti jika sememangnya ditakdirkan si dia bukan jodohmu, tidaklah begitu kecewa berpanjangan


Kalau tak mampu buat orang ketawa....Jangan sekali buat orang menangis. Kalau tak mampu buat orang bahagia...Jangan ditambahi dengan derita. Kalau tak mampu ubati luka...Jangan sekali buatnya terluka.

Bila cinta harus berakhir dengan kesedihan, jangan pernah menyesal dengan sebuah pertemuan. kerana orang yang melukakan hatimu, adalah orang yang pernah membuatmu bahagia




0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...