Jumaat, 2 Mac 2012

Cahaya Malaika : Itulah Anak Sulung Mawi

Cahaya Malaika
Inilah anak sulung Mawi, Cahaya Malaika yang dilahirkan pada 28 Februari lalu. Setelah tiga hari, barulah Mawi sedia berkongsi kegembiraan dengan peminat yang mahu menatap wajah anaknya hasil perkahwinan dengan Ekin.

Cahaya Malaika dilahirkan di Hospital Pakar An Nur, Bangi secara normal. Anaknya dan Ekin kini berehat di rumahnya di Bangi. Pihak Astro menghantar foto Cahaya kepada pihak media petang ini. Sebelum ini, Mawi enggan menceritakan siapa nama dan kelahiran bayinya. Namun, Ekin selamat melahirkan bayinya pada jam 4 pagi 28 Februari lalu.

Mawi kini bergelar bapa.

"Saya amat bersyukur kepada Allah SWT terhadap kurniaan ini. Jujurnya saya berasa amat teruja menanti kehadiran cahaya mata yang pertama ini, namun begitu debaran saya berbalas apabila mendakap anak buat kali pertama.

"Buat masa ini saya berasa sangat seronok dan tenang sekali apabila melihat wajah puteri kesayangan saya ini. Saya pastinya akan menjaga dan mendidik anak sulung saya ini sebaiknya. Saya suka membahasakan diri kami sebagai Abi dan Ummi," kata Mawi melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Astro.

Ekin & Mawi


Walaupun pernah menempuh kekecewaan kerana Ekin pernah mengalami keguguran, namun dengan berkat Allah, cahaya mata pertama menjadi pengubat kedukaan dan pembakar semangat untuk kedua-dua insan ini. En.Koala doakan supaya Mawi dan Ekin bahagia sepanjang masa. Amin ~

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...