Rabu, 8 Februari 2012

Persamaan Vanila Coklat & Adam Maya

Pernah dulu sekali ditayangkan di slot Akasia sebuah drama yang berjudul Adamaya dan drama ini mencetuskan satu fenomena berbeza dalam industri perfileman melayu. Sebuah filem romantis percintaan yang menarik ramai penonton untuk melihatnya. Kali ini, drama yang menjadi bualan hangat adalah sebuah kisah yang hampir sama dengan Adamaya cuma terdapat sedikit perbezaan termasuk jalan cerita dan wataknya.

Adam & Maya

Vanila Coklat adalah sebuah drama terbaru yang ditontonkan melalui slot Lestary TV3 dan menjadi sebuah drama yang digemari ramai dan dikatakan ditonton seramai 3.5 juta peminat. Drama ini ditayangkan setiap hari Selasa pada pukul 9.00 malam bermula 20 Disember lepas.


Sinopsis Ringkas Vanila Coklat

Drama ini mengisahkan dua insan yang masih lagi belajar di kolej. Walaupun saling benci membenci antara satu sama lain, namun disebabkan permintaan keluarga yang tidak dapat ditolak, kedua-dua pelajar lelaki dan wanita itu dipaksa berkahwin.

Namun, selepas berkahwin, timbul satu perjanjian dimana mereka berdua menetapkan hubungan sebagai suami selama 6 sebulan sahaja. Selepas itu mereka akan bercerai dan mengikut haluan masing-masing.

Vanila Coklat

Drama ini bakal tamat pada episod yang ke 13. Jadi apa persamaan dengan Adamaya?

Adam (Hussein Ruffedge) dan Maya (Lisa Surihani), merupakan pelajar sebuah kolej yang turut dipaksa berkahwin diatas permintaan keluarga. Namun permintaa itu kukuh kerana keluarga Maya akan ke luar negara dan tidak ingin melihat Maya keseorangan. Tapi disebabkan sikap Adam yang sabar, Maya kembali ke pangkuan Adam walaupun pernah dipujuk rayu oleh kekasih Maya. Cerita ini habis dengan Maya mengaku kesilapannya sebagai isteri dan akhirnya memlilh Adam, suami tercinta sebagai teman hidupnya.

En.Koala dah tengok cerita Adamaya ini, memang istimewa. Selepas itu pula kisah Nora Eleena, suami isteri yang tidak sebati jugak, tapi akhir-akhir, bersatu jugak. En.Koala nak bagitahu sedikit lagi, kisah drama Vanila Coklat ini, macam drama Korea tak? Erm, apa yang En.Koala tengok, drama Melayu sekarang banyak yang diambil daripada novel dan terdapat unsur-unsur cerita Korea. Yang lain terpulang pada pembaca dan penonton untuk anggap drama Melayu sebagai drama original atau tidak. Tapi En.Koala kagum dengan industri perfileman tempatan yang semakin lama semakin mendapat tempat dihati.... :)

Vanila dan Coklat... dua-dua memang terpisah, dua-dua sedap dimakan, namun adakah apabila dua-dua dicampur, adakah sedap dimakan? Kita tonton drama Vanila Coklat sampai habis! HeHe

Trailer Vanila Coklat lakonan  Izara Aishah, Aiman Mentor, dan Iqram Dinzly dan ramai lagi;




0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...