Rabu, 29 Februari 2012

Lelaki Inginkan Wanita Sebegini

Wanita Cantik
Lelaki sebenarnya ingin mencintai wanita yang mencintai dirinnya berbanding mencintai wanita yang tidak mencintai dirinya. Jika anda berjumpa lelaki yang anda suka, anda berikan dia rasa cinta, nescaya peluang anda untuk miliki cintanya adalah lebih luas.

*Lelaki ingin cari wanita yang menarik*

Definisi wanita yang menarik adalah berbeza bagi setiap lelaki. Namun, mereka sentiasa mencari wanita yang menarik di mata mereka untuk di jadikan pasangan.

*Lelaki ingin cari wanita yang cantik di mata mereka*

Lelaki sentiasa mahukan wanita cantik dalam hidup mereka. Namun, cantik juga adalah perkara yang subjektif dan berbeza pendapatnya bagi setiap lelaki. Jika ada lelaki memilih anda jadi temannya, percayalah anda adalah wanita tercantik di mata dia. Cantik subjektif dan bukan dikira atas warna, kulit dan rupa semata-mata.

*Lelaki ingin cari wanita yang setia*

Lelaki sentiasa berimpikan memiliki seorang wanita yang setia. Bagi mereka, wanita setia adalah aset paling berharga kerana wanita itu akan berada di samping mereka ketika susah dan senang.

*Lelaki ingin cari wanita yang yakin pada dirinya*

Lelaki akan memilih wanita yang paling percaya pada dirinya. Bagi seorang lelaki, kepercayaan dan keyakinan dari wanita yang mencintainya adalah penting. Bagi mereka, wanita yang yakin pada diri mereka akan membuatkan mereka lebih semangat.

*Lelaki suka wanita yang berfikiran terbuka*

Sekarang adalah zaman moden dan berfikiran terbuka antara kriteria yang di cari oleh lelaki zaman sekarang. Bagi mereka, wanita yang berfikiran terbuka lebih senang untuk di jaga dan di belai.

P/S : Tips diatas secara umum khas untuk orang bukan Islam dan juga Islam. Tapi En.Koala mahu bagi tips sedikit macam mana untuk memilih wanita sebagai isteri mengikut Islam. Dan En.Koala hanya mahu nyatakan 5 tips sahaja, penerangan anda boleh tafsirkan sendiri mengikut ilmu, pengalaman dan pengetahuan masing-masing. Antaranya adalah :

  1. Pilihlah isteri yang beragama, tanpa agama rosak akhlak dan rumahtangga.
  2. Pilihlah isteri daripada keluarga yang baik kerana keturunan yang baik selalunya menjamin kebahagiann masa depan termasuk generasi seterusnya.
  3. Pilihlah isteri kerana paras rupa, bukan bermaksud cantik atau comel tapi selesa dan menarik untuk dipandang dan ini bergantung pada rasa cinta dan keredaan seseorang menerima si dia dalam apa jua sekalipun. Kadang-kadang yang hodoh sekalipun terasa cantik, tapi pentingkan agama dahulu barulah rupa paras yang semoleknya. Rupa yang cantik buat suami suka melihat dan setiap kali memandang wajah isteri akan beroleh pahala, setiap pahala yang suami dapat maka isteri juga akan dapat. Wallahualam~
  4. Pilihla isteri yang pandai menjaga kehormatan diri terutama aurat dan kesucian diri sebelum tiba waktu kahwin dan permata itu khas untuk suami tercinta. Isteri yang baik adalah isteri yang selalu menjaga aib dan kehormatan diri suami dan dirinya juga. Kesucian diri melambangkan betapa mahalnya diri di samping Allah, suami dan orang ramai.
  5. Pilihlah isteri yang subur bermaksud sebelum perkahwinan, sekiranya perlu, jalankan pemeriksaan kesihatan untuk menjamin masa depan keluarga dan zuriat yang bakal dilahirkan. Tapi macam mana pula jika saling mencintai dan ingin juga berkahwin, berdoalah supaya Allah bagi rahmat dan keberkatan dalam hidup. Mudah mudahan akan dipercepatkan memperolehi zuriat.

Yang lain terpulang pada pembaca untuk berkongsi sedikit sekiranya anda tahu dan ingin menceritakan sedikit sebanyak mengenai topik ini. Insyallah, perkongsian itu suatu yang mujarab untuk mencapai kesepakatan dalam Islam dan jugak secara umum untuk orang lain juga. Wallahualam ~

2 ulasan:

  1. saya yakin dengan blog nih :)

    BalasPadam
  2. saya suka nanti saya coba eh huhu ^ _ ^

    BalasPadam

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...