Isnin, 20 Februari 2012

Kenapa lelaki mata keranjang?

Assalammualaikum/Salam sejahtera,

9:28 am ;

Saya Cik Ara. Hari ini, saya menguasai blog Incek Koala kerana dia telah saya 'culik' di suatu tempat yang hanya saya yang tahu. Diam, ini arahan. 

Saya akan menukar kata ganti nama diri kepada 'aku' sepanjang penulisan saya ini. Lebih selesa barangkali. Anda tak kisah kan? 

Lelaki mata keranjang? Ewww, gatal! Mungkin itu persepsi perempuan, wanita, isteri, gadis dan yang sewaktu dengannya bila mendengar/membaca mengenai lelaki mata keranjang. Ada yang merasakan lelaki mata keranjang ini wajar di lempar ke kolam buaya dan di makan hidup - hidup oleh buaya itu. ( ini ezajerit ).

"Pertandingan Miss Universe selalunya ditonton kaun lelaki tetapi pertandingan Mr Universe tidak menarik minat sesiapa pun."

Itu dia siap keluar kata - kata. Logik tak ayat diatas tu? Biasanya kalau ada rancangan wanita cantik, cun melecun, ukuran badan 36-23-38, akan menarik ramai penonton lelaki daripada wanita. Sebab apa? Sebab lelaki sukakan kecantikan lebih daripada kepandaian. 





Dah sifat lelaki akan pandang kecantikan luaran dahulu sebelum dia 'melihat' kecantikan dalaman seseorang wanita. Lelaki juga mempunyai penglihatan yang lebih baik daripada wanita maka tak hairanlah dia digelar mata keranjang. 

Lelaki tak pandang kepintaran dahulu kenapa?

Jangan mencabar ego lelaki! Amboi, jangan mencabar gitu nokkk. Memanglah, lelaki tak suka perempuan lebih pandai dari dia jadi, dia takkan pandang kepintaran wanita sebelum dia pandang kecantikan dahulu. IQ level paling rendah, kalau dah wajah cun ala-ala Miss Universe, manalah nak lepaskan peluang kan?

Aku sebagai pengerusi Biro Wanita-wanita Tak Berapa Nak Cun Sedunia, agak tergugat jugaklah macam ni. Dah tahu lelaki sukakan kecantikan, bawak-bawaklah berias, makeup dan grooming diri tu seanggun mungkin kan. Jangan nak sememeh sangat pakai macam nak pergi pasar basah je setiap hari, manalah laki nak 'makan luar'. Opss, i did it again! hahaha.


Terima kasih kepada incek Koala kerana mengambil saya sebagai ahli keluarga yang baru. Ini entry pertama saya di sini jadi anggaplah saya orang baru ok. Barulah sangatkan.


Kalau ada sumur di ladang,
bolehlah saya menumpang mandi,
kalau ada masa yang panjang,
bolehlah kiranya saya menulis lagi.




Sekian. ( Cik Ara ) *anda klik, andalah kesayangan saya untuk hari ini*

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...