Khamis, 23 Februari 2012

Gigitan Hangat : Yusry & Lisa Selamat Bernikah

Berita hangat-hangat, Yusry KRU dan Lisa Surihani sudah selamat bernikah, tidak disangka-sangka bahawa pasangan ini akan ketemu jodoh. :)

Yusry & Lisa
 

Pasangan selebriti Yusry KRU dan Lisa Surihani selamat bernikah di Hotel Marriott, Putrajaya tepat pukul 9.00 malam ini. Dengan sekali lafaz sahaja Lisa sah menjadi milik Yusry.

Majlis ini dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga terapat kedua-dua pasangan pengantin dan wakil media media.

Majlis dimulakan dgn upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi Melayu lama. Pasangan ini diijabkabulkan oleh Tuan Haji Halim Mat Isa, Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang dengan berwalikan abang sulung Lisa, Mohamed Azan Mohamed.

Lisa yang anggun menggayakan busana baju kurung moden rekaan COSRY berwarna putih membalas sembilan  dulang hantaran kepada pihak pengantin lelaki yang membawa tujuh  dulang hantaran.

Mereka akan mengadakan majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan anggaran jemputan seramai 1,500 tetamu. Selepas usai majlis resepsi, pengantin akan terbang ke Eropah untuk berbulan madu.

1 ulasan:

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...