Sabtu, 4 Februari 2012

Gigitan Hangat : 'Apex' Ada Kekasih Baru?

Salam,

Hari ini En.Koala terjumpa satu gosip menarik yang mengatakan Khairul Fahmi Che Mat, iaitu penjaga gol Kelantan mempunyai hubungan dengan gadis lain. Hangat dikatakan dalam setiap pelusuk blog dan website. Adakah gosip ini benar atau hanya sekadar tulisan blogger semata-semata? En.Koala tak mahu cerita lebih panjang sebab jika lihat dengan mata sendiri baru jelas. Namun, desas desus itu mengatakan Apex sudah putus dengan Dahlia Teck selepas putus tunang dengan Elia, pemilik blog Jejari Runcing.


Semasa bertwits melalui Twitter @AwaNiBiRu, En.Koala terlinta satu twit daripada @MahsiH2 yang mendedahkan gosip ini. En.Koala ingat main-main sahaja, namun gosip itu berpanjangan sehingga ada lagi yang mengatakan benar, tapi ada juga yang mengatakan salah.

Dalam gosip itu, baru-baru ini mengatakan yang Leuniey Natasha terpaksa putus tunang kerana tergila-gilakn Khairul Fahmi. En.Koala tidak pasti sama ada maklumat itu betul atau tidak melainkan bertanyakan sendiri pada Fahmi. Namun pada pandangan En.Koala, mungkin gosip itu sekadar palsu dan hanya ingin menjatuhkan maruah Khairul Fahmi Che Mat. Maklumlah, orang terkenal, ramai gadis yang tergila-gilakan Apex. Tapi setiap orang ada rezeki masing-masing, hasad dengki dan cemburu dalam manusia tidak akan lari.

Dahlia Teck Meraikan Birtday Khairul Fahmi Baru-Baru Ini
Leuniey Natasha


Kadang-kadang En.Koala cemburu juga dengan Khairul Fahmi, :P . Tapi sebagai peminat The Red Warriors, Apex tetap dihati dan kepada peminat Khairul Fahmi Che Mat, teruskan sokongan anda supaya Apex tidak dicemuhi dengan gosip-gosip sebegini.

En.Koala dah bagi pandangan tersendiri, apa pula kata anda? :)

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...