Sabtu, 25 Februari 2012

Gigitan Hangat : Ana Raffali Bernikah

Hangat lagi! Berita yang kian tersebar mengenai Ana Raffali yang akan berkahwin tidak lama lagi telahpun menjadi kenyataan pada hari ini!

Alhamdulillah ,dengan sekali lafaz, penyanyi Ana Raffali, 26, sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah, 30, selepas menyulam cinta selama tujuh tahun.Majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati,kira-kira pukul 12 tengah hari Sabtu.

Pasangan tersebut berwali dan dinikahkan oleh bapa Ana, Mohd Raffali Mohd Nor dengan disaksikan oleh Jurunikah Masjid Al-Hidayah, Abdullah Mat.Acara sebelum itu dimulakan dengan majlis pertunangan antara Ana dan Naim pada pukul 11 pagi.

Ana Raffali Ayu & Anggun

Ana Raffali menerima RM11,412 sebagai mas kahwin dan wang hantaran daripada pihak lelaki dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.

Antara barang hantaran yang diberikan oleh pihak perempuan kepada lelaki adalah seperti bunga rampai, buah, kek, dompet, kamera, iPad, jam tangan dan minyak wangi, sebentuk cincin dan sirih junjung.Manakala Naim membalas dengan sirih junjung, coklat, telekung, minyak wangi, manisan dan gelang tangan perak.Apa yang menarik adalah kesemua hantaran itu direka dan digubah sendiri oleh Ana.

Ahmad Aznaim & Ana Raffali

Kredit gambar kepada rotikaya.com

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...