Isnin, 27 Februari 2012

Digital Maut : Setelah Anda Mati

Cuba bayangkan selepas anda mati kemudian anda terlupa untuk deaktivate Facebook, Twitter, emel dan sebagainya. Manakala, kaum kerabat anda juga tidak tahu identiti rahsia anda untuk hapuskan jejak-jejak anda dalam dunia digital ini. Mungkin anda rasa gembira sekarang kerana jari jemari anda sering menari mengikut irama rentak emosi, perasaan dan akal anda. Tapi cuba bayangkan apa yang akan terjadi selepas anda tiada lagi di dunia ini. Klik video dibawah ini diambil dari Youtube. En.Koala tengok agak menarik dan kadang-kadang terlebih logik, saksikan video ini.



Sekarang anda dah tengok? Sekarang En.Koala nak ceritakan pada semua muslim dan muslimah, apa akan jadi sekirannya anda dah mati, tapi gambar-gambar seksi dan lucah anda tanpa tutup aurat terpapar dalam dunia digital ini contohnya dalam Facebook dan Twitter? Apakah anda akan terima azab dan seksaan kubur yang menyakitkan lagi? 

Mungkin akan ada orang yang ucapkan takziah pada awak, tapi ucapan lain? Macam mana pula jika gambar anda yang seksi dan tidak tutup aurat itu dijadikan pujaan orang ramai? Disebarkan ke serata dunia... macam mana pula dengan maruah keluarga anda dan generasi baru selepas anda? Anda tidak kasihankah pada mereka?

Jadi, En.Koala mahu nasihatkan, janganlah letak gambar-gambar yang tidak senonoh dan melanggar ajaran Islam, kalau letak, padamkan cepat-cepat, sebab anda tidak tahu bila diri anda akn pergi. Jangan terlebih seronok, nanti saham anda diakhirat akan terus berganda. Wallahualam ~

Jom Tutup Aurat!


0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...