Rabu, 25 Januari 2012

Khasiat Makan Buah Pada Sambutan Raya Cina

Selamat Tahun Baru Cina
En.Koala terjumpa satu artikel menarik berkenaan khasiat buah untuk badan, walaupun berbangsa Melayu atau India, atau kaum lain sekalipun, khasiat buah-buahan yang dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina amat mujarab untuk kesihatan badan, menambah kecantikkan dan mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit. Pada tahun ini, sambutan tahun baru cina telah disambut pada 23 Januari 2012, iaitu pada tahun Naga dan masyarakat Cina di seluruh dunia menyambut kedatangan tahun ini dengan sungguh meriah seperti tahun-tahun sebelumnya. Malam sebelum sambutan raya itu, En.Koala terkejut mendengar dan melihat bunga api yang berdentum-dentum diatas langit. Rupanya, mercun itu dibakar petanda menghalang puaka, nasib malang dan buruk. Malahan rumah-rumah dihiasi dengan buah-buah limau dan pokok limau. En.Koala dapat buah limau percuma.... :P

Di kalangan masyarakat Cina, kebanyakan buah-buahan mempunyai makna tersendiri yang dipercayai:

Epal untuk meraih kejayaan, keamanan, keharmonian, silaturahim, kemewahan, limpahan hasil dan kekuatan.

Pear untuk tuah, perniagaan yang baik dan kekayaan.

Oren dan limau mandarin untuk menjana dan mengumpul kekayaan.

Anggur untuk membanyakkan keturunan.

Buah-buhan berwarna hijau untuk menambah tenaga dan kesihatan (seperti epal hijau, kiwi dan anggur).

Buah-buahan berwarna merah untuk menambah kekayaan, tenaga dan kesungguhan (epal merah, anggur merah dan manggis).

Buah-buahan berwarna hitam untuk kepintaran dan kreativiti (anggur hitam dan beri hitam).

Buah-buahan berwarna kuning untuk mengumpul kekayaan.


Banyak makan mudarat kesihatan


PAKAR diet, Indra Balaratnam berkata, pemakanan yang betul sangat penting pada musim perayaan.

Antaranya adalah pengambilan lebih banyak buah-buahan yang kaya dengan antioksidan. Ini kerana ia membantu menghindarkan kesan buruk daripada gaya hidup yang boleh membawa mudarat kepada kesihatan.

“Makan terlalu banyak ketika jamuan rumah terbuka pada musim perayaan boleh memudaratkan kesihatan dan menyebabkan masalah makanan tidak hadam.
“Untuk mengelakkannya, makan nanas selepas makan berlebihan kerana ia mengandungi enzim bromelain untuk membantu penghadaman.

“Pada musim perayaan, anda mungkin berjalan jauh dan memasuki persekitaran baru. Perubahan diet dan tabiat membuang air besar boleh menyebabkan sembelit. Jangan terlalu cepat mengambil julap.

“Sebaliknya, makan lebih banyak makanan berserat seperti buah-buahan. Ini akan melembutkan najis dan melegakan sembelit. Pear Cina kaya dengan serat dan membantu melawaskan perut.

“Perayaan Tahun Baru Cina berlangsung selama 15 hari. Ramai yang sakit dan mengadu sakit tekak disebabkan menjamu selera dengan banyak. Pastikan anda makan buah-buahan pada musim perayaan ini kerana ia kaya dengan vitamin C yang membantu meningkatkan sistem keimunan dan menjauhkan selesema dan sakit tekak. Buah-buahan berwarna merah atau ungu kaya dengan antioksidan yang meningkatkan sistem imun.

“Minum banyak air untuk menggantikan kehilangan air dan menghidratkan badan. Pengambilan jus buah-buahan segar yang baru diperah adalah cara yang lazat untuk meningkatkan pengambilan air dan menghidratkan semula badan - dengan tambahan vitamin dan zat galian. Jika boleh, ambil kombinasi dua hingga tiga jenis jus buah-buahan,” katanya.

Garis Panduan Diet Malaysia 2010 menyarankan kita makan sekurang-kurangnya dua hidangan buah-buahan dan tiga hidangan sayur-sayuran setiap hari sebagai sebahagian daripada diet yang sihat. Tambah buah-buahan dan sayuran-sayuran ke dalam pemakanan anda setiap hari pada musim perayaan ini untuk menjamin kesihatan sepanjang tahun.



Fakta buah-buahan:


Limau mandarin

Limau yang manis ini mengandungi 85 peratus air dan hanya 64 kalori. Ini menjadikannya snek rendah kalori yang baik bagi anda yang mahu menjaga potongan badan.

Vitamin C yang kaya dalam buah ini membantu pengeluaran kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit dan mengurangkan kedutan.
Limau Mandarin

Pisang


Sebiji pisang membekalkan 35 peratus daripada keperluan vitamin B6 harian anda. Vitamin B6 yang juga dikenali sebagai piridoksina, penting untuk membantu badan menghasilkan sel baru yang sihat.

Pisang kaya dengan kalium iaitu zat galian yang membentuk sebahagian daripada fungsi saraf dan otot. Kalium mencegah kekejangan ketika bersukan. Itulah sebabnya anda kerap melihat atlet makan pisang ketika berehat.

Pisang juga sumber penting asid amino yang tidak boleh dikeluarkan oleh badan. Oleh itu, kita perlu mendapatkan asid amino daripada makanan. Asid amino adalah blok binaan untuk protein. Sebiji pisang membekalkan asid amino penting untuk tiga peratus protein harian.
Pisang

Buah naga

Satu hidangan buah naga membekalkan dua gram asid lemak tidak tepu yang sihat untuk jantung dalam bentuk asid lemak lineik dan asid lemak oleik yang terdapat daripada biji yang kita makan sebagai sebahagian daripada buah.

Satu hidangan buah naga membekalkan lapan peratus zat besi yang membantu kesihatan fungsi sel darah merah untuk membawa oksigen ke sel.

Beta karotena dan vitamin C dalam buah naga adalah antioksidan kuat yang membantu mencegah kerosakan sel berpunca daripada radikal bebas.

Buah naga kaya dengan serat larut dan tidak larut yang membantu mengurangkan kolesterol makanan. Hasil penyelidikan menunjukkan bukti pengurangan sejumlah kolesterol apabila buah naga dimakan sepanjang tempoh lima minggu.
Buah Naga

Epal merah

Epal merah mengandungi beberapa fitokimia penting seperti kuersetin, catechinm phloridzin dan asid klorogenik. Semua ini adalah antioksidan yang kuat. Hasil kajian epidemiologi menunjukkan hubung kaitnya dengan kejayaan mengurangkan risiko sakit jantung, beberapa jenis kanser, asma dan diabetes jenis 2.

Epal merah kaya dengan serat yang membantu melawaskan perut dan melegakan sembelit.

Risiko kanser di kalangan wanita yang makan sekurang-kurangnya satu hidangan epal merah adalah rendah, menurut Kajian Kesihatan Jururawat yang membabitkan 77,000 wanita. Kajian itu mendapati kanser paru-paru di kalangan wanita berkurangan 21 peratus.
Epal Merah

Limau tangerin

Sebiji limau tangerin membekalkan 39 peratus vitamin C harian. Diet yang kaya dengan vitamin C membantu menguatkan sistem imun untuk menghindarkan jangkitan.

Kandungan tinggi vitamin A dalam limau tangerin memainkan peranan penting dalam kesihatan selaput mukosa dalam hidung, tekak dan saluran penghadaman.

Selaput mukosa yang kuat memastikan rintangan yang kuat untuk menentang bakteria dan virus berbahaya.

Antioksidan yang terdapat dalam limau tangerin ialah hesperidin. Ia memperlihatkan ciri-ciri antikanser terutama sekali apabila dimakan sebagai sebahagian daripada diet yang sihat dan kaya dengan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran.

Limau Tangerine

2 ulasan:

  1. Jenguk jenguk.... jgn lupa beli buah dekat Tesco...murah... :P

    BalasPadam

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...