Selasa, 3 Januari 2012

Epal Hijau Buat Kita Jadi Comel?


Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Apa khabar semua kepada saudara & saudari yang sudi menjenguk blog yang tidak seberapa ini... :P

Hari ini Fatt Mazz dah tukar dah daripada nama asal kepada En.Koala. Beruang koala nie comelkan... ;)

Comel tak? 


Beruang koala memang comel dan "cute" orang kata, tapi kita sebagai manusia pun nak tampak comel jugakkan. Tak kiralah lelaki atau perempuan, tapi kebiasaannya wanitalah yang nampak comelkan, betul tak? HeHe... gurau aje... dua-dua mahu jadi comel. Comel tu macam mana? Comel macam Teddy Bear? Takdelah... comel tu seperti mempunyai badan yang kurus (tidak terlalu gemuk), badan yang sihat, otak yang cergas, muka yang berseri... kan3?? :)


Jadi, selepas membaca beberapa artikel mengenai kecantikkkan nie. Terlihat gambar sebiji epal seperti kat bawah nie ler :P

Jadi, selepas habis membaca, saya pun rasa nak pos sikit pasal benda nie. Benda apa yer? Buah-buahan...yer makan buah buat kita jadi comel dan sihat, HeHe

Kali sini En.Koala nak cakap mengenai kelebihan makan buah epal. Makan buah epal mampu mengurangkan berat badan dan kolestrol dalam darah terutama bagi mereka yang kurang bersenam dan selalu menjamu selera dengan makanan berminyak, berlemak dan berkolestrol tinggi. 

Epal hijau mempunyai zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Dengan memakan epal bersama dengan kulitnya mampu memberi Vitamin C yang berkesan untuk meningkatkan immuniti dalaman.

Epal Hijau



Antara khasiat yang lain adalah seperti yang tersenarai:

  • Mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.



Banyak lagi, kalau anda sembelit atau makanan susah nak hadam ker... kisarkan buah epal hijau nie dengan saleri. Minum setiap pagi sebelum sarapan. Percayalah, anda tidak akan sakit perut lagi, sembelit dah kurang, makanan pun cepat hadam. Lagi satu yang En.Koala jumpa dalam internet, kalau kita makan sebiji buah epal sebelum makan benda lain, kita mampu kurangkan berat badan sebanyak 33 KG! Hebat tak? Tapi boleh pakai ker.. HeHe, cuba dulu baru buat.

Selain itu, kalau kita potong buah epal, kemudian rendam dalam air selama 5 minit, tapi sebelum tu ingat, rendam dalam air batu k? Letak epal sejuk tu diatas muka, biarkan beberapa minit, paling kurang 15 minit.

Kalau diamalkan selalu, maka licinlah muka tu, nanti comelah muka tu... HeHe

Haa, pe tunggu lagi, pergilah ke pasar cari buah epal nie... :P nanti En.Koala citerkan lagi yer! Buh-Bye!

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...