Sabtu, 31 Disember 2011

Apa Azam 2012 Anda?

Azam 2012
Berceritakan tentang tahun baru, setiap orang pasti mempunyai impian atau hajat yang mahu dilaksanakan atau masih lagi ada yang tertunda. Jikalau ada, apa lagi, cepat-cepatlah laksanakan... :P . Tapi apabila berbincang mengenai perancangan masa depan, pasti banyak yang kita fikirkan, ada banyak yang terbelenggu di fikiran seperti :


  • Aku mahu study betul-betul tahun ini!
  • Aku ingin dapat semua 'A' dalam peperiksaan!
  • Aku mahu masuk kolej yang hebat-hebat macam abang/kakak aku!
  • Aku mahu score UPSR/PMR/SPM!
atau adakah ;
  • Aku kena stabilkan GPA aku, lau tak... aku kena kick ... (sigh)
  • Aku kena pastikan aku sentiasa dapat Dean List tahun nie!
  • Aku kena kurangkan bermain, result aku dah teruk... mmm... :(
  • Yeah... beli buku, simpan duit... study kemudian enjoy!
  • Aku tak risau sangat tentang belajar di IPT nie... baik aku enjoy tapi tetap fokus study...
atau adakah ;
  • Dah graduate, patutnya aku dah mula cari kerja.
  • Dah dapat kerja akhirnya, aku kena  kerja sungguh-sungguh... caiyok!! :P
  • Duit dah banyak simpan, bagi mak ayah la sikit... nanti rezeki aku bertambah dan Tuhan sayang...
  • Aku rasa aku nak kahwinlah... tapi tak ada calon... (sigh)
  • Syukur Alhamdulillah, akhirnya aku dihijab kabulkan dengan orang yang aku ingin hidup semati.
  • Aku kena kerja kuat demi isteri dan anak-anak aku.
  • First kita pergi vacation, kemudian kita start kerja balik... XD
  • Aku ingin kuat beramal sebelum mati... Insyallah
atau adakah ;
  • Dulu aku buat dosa, sekarang aku mahu bertaubat.
  • Aku dah insaf, aku tidak akan ulangi lagi kesilapan lalu.
  • Aku ingin jelaskan segala hutang dengan pemberi hutang, semoga aku selamat dunia akhirat.
  • Aku mahu jadi insan yang soleh/solehah serta berbuat amal banyak-banyak.
  • Mak ayah aku sakit, aku ingin jaga dia.
  • Semoga aku cepat kaya Ya Allah, ~amin.
  • Semoga aku dapat mencari rezeki yang halal dan terhindar daripada maksiat.

Mungkin banyak lagi yang sedang bermain difikiran anda? Mungkin tiada diatas, tapi azam baru haruslah positif supaya anda tidak rugi menempuhi tahun baru dimana usia anda sudah semakin hilang dan umur anda sekarang semakin tua. Jelaslah, sekiranya kita masih kuat dan bertenaga, kita lakukan yang terbaik untuk diri,keluarga,masyarakat dan negara. Percaya, impian anda mampu terlaksan sekiranya anda betul-betul inginkan dan nekad untuk dapatkannya. Percaya diri anda, itu adalah yang terbaik. Lupakan yang lepas, anggap itu sebagai pengajaran dan pedoman dalam mengejar kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

Yang Ikhlas,

Fatt Mazz


0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...