Khamis, 6 Oktober 2011

MasyaAllah, Sanggup Humban Anak Ke Laut?

Bayi sempat diselamatkan oleh JKM

Tergamam melihat telatah seorang ibu, Fatt Mazz tak sangka, kerana terlalu panik dan takut, anak dihumban ke laut, tak sayang anak ker? Di Palestin seorang ibu sanggup kena tembak, bom dan korbankan diri demi anak, tapi ini.... 

TAWAU: Panik dan terlalu takut dicekup pihak berkuasa, seorang ibu hilang pertimbangan sehingga sanggup mencampakkan bayi lelakinya berusia enam bulan ke laut semata-mata untuk menyelamatkan diri apabila diserbu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana disyaki mengemis di pesisiran Pantai Sabindo, di sini, semalam.

Bagaimanapun, bayi itu diselamatkan penguat kuasa JKM yang bertindak spontan terjun ke laut sebaik menyaksikan kejadian menyayat hati itu jam 10 pagi.

Difahamkan, wanita berusia 30-an terbabit mengemis di kawasan itu sambil membawa bayi dan dua lagi anaknya masing-masing berusia enam dan tujuh tahun.

Bagaimanapun, kedua-dua anak pengemis terbabit melarikan diri apabila terjun dan berenang hingga ke tengah laut bagi mengelak ditahan penguat kuasa.


Penolong Pengarah JKM Tawau, Asnah Kassim, berkata operasi dua jam itu berjaya menahan 23 individu termasuk 13 kanak-kanak yang berusia enam sehingga 60 tahun.


Sumber : myMetro

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...