Sabtu, 20 Ogos 2011

Al-Mubarakah : Kegembiraan Orang Berpuasa

Semalam, Fatt Mazz telah menghadiri satu majlis makan malam yakni majlis berbuka puasa beramai-ramai dengan kawan-kawan Fatt Mazz. Fatt Mazz dan kawan-kawan baru sahaja habis menjawab peperiksaan, kami terus ke Ritz Garden Hotel, Ipoh Perak. Iyer.... macam dijangkakan, makan layan diri sambil mata terbeliak melihat pelbagai jenis hidangan, kawan-kawan Fatt Mazz semuanya tengah-tengah lapar nie... Satu hari tak makan, lepas tu pulak baru sudah habis menjawab test  yang diketogerikan susah-kipas-mati, namun...semua hilang selepas dapat menjamu selera.

Muslimah dari UTP Chemy Student July08 &09

 Malam semalam sangat mengembirakan sebab dapat makan dan berbuka puasa sesama Muslim dan Muslimah, ada yang pakai baju raya dan ada yang pakai encem-encem dan cun-melecun.. :) . Fatt Mazz biase jer... hehe. Fatt Mazz ucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan Fatt Mazz yang telah menjayakan program Chemy Dinner 2011 sempena sambutan bulan Al-Mubarakah ini. Terima kasih jugak kepada pemandu kenderaan yang sanggup mengangkut mengangkut semua ahli dewan ke majlis berbuka puasa dan tak lupa juga kepada penangkap gambar yang mantap lagi profesional. Yang penting adalah semangat untuk berbuka puasa dan menjalankan ibadah puasa. Sesungguhnya, puasa itu adalah nikmat sebulan sekali dalam setahun... :)

Dalam hadith disebut “Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya,

Orang berpuasa bebas masuk pintu mana-mana syurga walaupun ada satu pintu yang khas untuk orang berpuasa yang dikenali sebagai Ar-Rayyan.

    Daripada Sahl bin Sa’ad berkata: Bersabda Nabi s.a.w. “Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang-orang yang berpuasa di hari qiamat. Tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya:”Dimanakah orang – orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa sahaja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa sahaja.

Orang berpuasa akan gembira bila bertemu Allah setelah berlapar di dunia, kerana mereka berlapar semata-mata kerana Allah. Dalam Islam ada dua jenis puasa, satu puasa sepanjang hayat, iaitu puasa dari perkara yang diharamkan seperti arak dan babi kecuali darurat.  Selain itu ada puasa tambahan iaitu puasa bulan Ramadahan, puasa dari perkara yang halal (makan, minum, suami-isteri yang halal).

Muslim dari UTP Chemy July08 &09 berjalan selepas kenyang berbuka


2 kategori puasa

1.Puasa sepanjang hayat ialah berpuasa dari semua benda yang diharamkan makan atau minum itu seperti babi, arak kerana ia menjana darah yang kotor dan nafsu yang kuat. Oleh itu untuk menjaga dan menstabilkan nafsu kenalah puasa sepanjang hayat dari memakannya kecuali darurat (apabila melibatkan nyawa).

    Al-Baqarah [173]Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

2. Puasa Ramadhan pula ialah berpuasa dari benda yang halal. Makanan yang halal juga menjana nafsu, namun tidaklah sekuat yang haram. Puasa dapat meredakan janaan nafsu dan mengurangkan nafsu kerana kurangnya makanan yang masuk kedalam badan dan darah. Hasil dari puasa ialah takwa (takut kepada Allah). Takut disini bukannya seperti takutkan harimau tapi takut bermakna hormat.Takut Allah murka, takut Allah tidak suka.

    Al-Baqarah [183] Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.


Dalam Gambar :

Atas dari kiri :
Peace,Izzat,Ozair,WanJinal,Suffian,Buzz,Azlan,Ismail,Hilmi,Jeff,Black,Damak,Zaid,Hanif,Fareez,Hazlamie,Roy,Fatt Mazz(me),Bulard,Poncai dan Akram.
Bawah dari kiri : 
Ecah,Fiqa,Adiff,Nana,Zamilah,Awin,Aqilah,Safika dan Cik Kutip

(Dan tak lupa kepada Anep, Nur Diyana, Nabila, Elly, Zahidah dan Jaja)

*Chemy July08 & 09 - memories of the year*


0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...