Rabu, 6 Julai 2011

Gigitan Hangat : Zahiril Setanding Rosyam?

Zahiril Adhim
Kalau sebelum ini, ramai yang masih belum mengenali siapa sebenarnya, Zahiril Adzim, kini nama itu bukan lagi asing bagi setiap peminat-peminat drama dan filem tempatan.

Mula mendapat perhatian semenjak dia melakonkan watak Daim, seorang remaja yang dijatuhkan hukuman atas tuduhan membunuh ibunya dan ditempatkan disekolah pelajar bermasalah menerusi drama bersiri, Juvana yang disiarkan di TV3, nama Zahiril turut menjadi sebutan apabila dia diangkat menjadi hero dalam filem, Tolong Awek Ku Pontianak, yang bergandingan bersama Sazzy Falak dan Liyana Jasmay.

Popularitinya ini mengangkat Zahiril sebagai artis yang berkebolehan tinggi pada tahun ini, bahkan bakatnya begitu dipuji oleh setiap pengarah yang pernah mengarahkan dirinya didalam lakonan.

Dilabelkan sebagai seorang anak seni yang berbakat dalam era kemodenan ini, ramai yang berganggapan Zahiril setanding bakatnya dengan pelakon berkebolehan, Rosyam Noor.

Namun, sebagai orang baru, dia enggan terus berasa bangga dengan apa yang dipuji oleh orang ramai, malah dia enggan membandingkan dirinya bersama Rosyam Noor.

"Saya sangat takut dengan pujian sebegini, dan saya juga takut bila ada yang kata tahun ini tahun saya. Bimbang nanti penerimaan orang lain terhadap perkara ini.

"Saya bukan pelapis sesiapa, malah terlalu besar untuk mengkaitkan saya dengan Rosyam Noor kerana dia terlalu berbakat.

"Kemunculan saya tahun ini adalah daripada kesibukkan tahun lepas, hanya kebetulan tahun ini filem dan drama yang saya lakonkan keluar serentak jadi muka saya sering kelihatan di tv dan di dalam filem,"jelas Zahiril.

Menulis sebuah buku yang berjudul, Bogel Menuju Tuhan, dia banyak dikritik apabila tajuk untuk buku itu dilihat terlalu berat oleh sesetengah orang.

"Tak dinafikan, ada yang kata buku saya ini prono dan ada juga yang memarahi saya kerana tajuknya seakan keterlaluan.

"Pada saya senang sahaja, mereka tidak membaca terlebih dahulu sebelum mengadili apa yang tertulis dalam buku itu.

"Ia cerita tentang apa yang saya rasa, ia tidak ada kaitan dengan perkara prono ataupun tentang keagamaan.

"Alhamdulillah, buku itu dalam cetakkan kedua dan ia akan dipasarkan di kedai-kedai buku yang terpilih,"jelasnya lagi.

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...