Sabtu, 2 Julai 2011

Gigitan Hangat : Tomok Selamat Dihijab Kabul

Bahagia Tomok &Siti Rahayu
KUALA LUMPUR 1 Julai - Hanya dengan sekali lafaz, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 27, sah bergelar suami kepada Siti Rahayu Abas, 32.

Tomok yang lengkap berbaju Melayu rekaan pereka fesyen ternama, Hatta Dolmat, kelihatan tenang sebaik sahaja akad nikah selesai dilafazkan pada pukul 9.20 malam di Dewan Serbaguna Taman Sri Keramat di sini.

Beliau yang dinikahkan oleh Pegawai Pentadbir Agama Pendaftar Kanan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Daim Jajuli dengan mas kahwin RM300 bersyukur kerana segalanya berjalan lancar.

"Setelah lapan tahun bercinta, akhirnya kami selamat disatukan secara sah pada hari ini," ujarnya.

Sementara itu, isteri Tomok, Rahayu, turut menyatakan kesyukuran kerana majlis pernikahan itu selamat disempurnakan.

"Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan saya sangat bersyukur kerana semuanya berjalan seperti dirancang," ujarnya.

Dalam majlis akad nikah itu, pihak pengantin lelaki memberi sembilan dulang hantaran dan dibalas 11 dulang hantaran dari pihak pengantin wanita.

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...