Sabtu, 2 Julai 2011

Gigitan Hangat : Daim Juvana Bertunang

Daim dalam Juvana
Bertunang dengan aktor kacak, Zahiril Adzhim pada 1 Mei yang lalu, pengacara dan juga pelakon, Shera Aiyob mengakui dia kini sedang berdepan dengan dugaan-dugaan dalam tempoh bertunang.

Mengaku sering cepat naik angin, jelas Shera ada kalanya dia lebih banyak terasa hati dan marah-marah terhadap perangai tunangnya itu.

"Saya rasa ini dugaan paling besar, sejak akhir-akhir ni hati saya cepat saja panas dan saya juga cepat melenting kalau bersama Zahiril, sehinggakan saya bertanya kepada kawan-kawan yang berpengalaman, mengapa saya mengalami situasi begitu.

"Katanya, itu salah satu dugaan sepanjang bertunang. Saya risau sekiranya saya tidak mampu lagi menganggung perasaan ni, jadi sebolehnya saya mahu cepat-cepat buang perasaan sebegini.

"Sejak dari awal lagi, memang saya tidak mahu bertunang, saya lebih selesa kalau terus berkahwin sebab saya tahu dugaan dialam pertunangan itu besar dan bimbang sekiranya perkara tidak diingini terjadi, tapi orang tua saya lebih suka sekiranya perkahwinan saya mengikut adat, dan meminta kami bertunang terlebih dahulu,"jelas Shera.

Bakal melangsungkan pernikahan pada 20 November ini, jelas Shera, mereka berdua masih belum berkesempatan untuk membuat persiapan bersama.

"Barang hantaran juga masih belum sempat beli, memandangkan masing-masing sibuk dengan promosi filem sejak beberapa bulan yang lepas, jadi kami terpaksa tangguh dahulu perancangan untuk membuat persiapan bersama.

"Mungkin bulan hadapan kami baru luangkan masa untuk mencari barang-barang hantaran, dan selepas itu mencari serba sedikit keperluan untuk berkahwin.

"Majlis nikah akan diadakan dikampung halaman saya di Ipoh, Perak tetapi untuk majlis resepsi kami masih belum putuskan untuk membuatnya dimana,"luahnya lagi.

Pertunangan

Melihat bakat mereka yang baru sahaja hendak bermula, itu sedikitpun tidak menghalang niat mereka untuk melangsungkan perkahwinan.

"Kami lakukan perkara yang baik iaitu bernikah, jadi tidak ada salahnya jika ia berlangsung awal ataupun lambat.

"Pada saya, masyarakat dan penonton sekarang lebih bijak menilai dan tidak semestinya mereka yang sudah berkahwin tidak menjadi pilihan mereka,"jelas Shera.

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...