Selasa, 21 Jun 2011

Transformers : Rahsia Megan Fox Dipecat

Megan Fox
Pernah dua kali kita melihat watak heroin (Megan Fox) yang berlakon dalam filem gergasi yang terhebat oleh Michael Bay dan Steven Spielberg bersama pelakon watak hero Shia LaBeouf menjadikan filem ini bertambah mantap sebagai penolong atau kekasih hati hero yang dikenali sebagai Sam. Dengan kecantikan dan keseksiannya mampu memukau para penonton untuk melihatnya disamping aksi-aksi meenarik robot-robot gergasi dan kesan efek visual yang mantap dan kelihatan " Real ", filem Transformer dikatakan telah mencetus evolusi baru yang lebih canggih dalam dunia yang semakin moden ini.

Okla... Fatt Mazz tak nak bercerita pasal fakta filem ini, kalau nak tahu, baik tonton filemnya dahulu. Sekarang nie pun... ada siri baru movie Transformer yang akan keluar iaitu, " Dark of the Moon ". Fatt Mazz yakin, kali ini citer ini lebih mendebarkan... kat Malaysia, akan keluar pada 29 Julai 2011. Apa lagi, rebutlah tiket pawagam awal-awal... HuHu.. XD

Okla, kali ini dalam filem Transformers : Dark of the Moon , Megan Fox tidak berlakon sebagai watak heroin. ini menimbulkan banyak persoalan terutama dalam kalangan peminat, pemuja dan pemberita yang sentiasa mengambil tahu akan filem Michael Bay ini. Di bawah ini, Fatt Mazz letakkan petikan akhbar kosmo sebagai bukti. Mungkin sedikit sebanyak terjawab persoalannya.
LOS ANGELES - Pengarah filem terkenal, Steven Spielberg meminta aktres Megan Fox dipecat daripada berlakon dalam filem Transformers, lapor sebuah akhbar semalam. Dia membuat permintaan itu kerana Fox membuat komen yang menyamakan pengarah filem Transformers, Michael Bay dengan pemimpin Nazi yang menjadi perancang pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi, Adolf Hitler. Menurut Bay, Spielberg berkata kepadanya, Fox perlu dipecat ekoran komen tersebut. Fox kemudian diganti dengan model dari Britain, Rosie Hutington-Whitley ekoran komen yang dibuatnya itu. Spielberg merupakan penerbit eksekutif filem itu yang turut dibintangi oleh aktor Shia LaBeouf. - Agensi
 Jadi, adakah terjawab sedikit sebanyak persoaln yang terbelenggu dalam fikiran kenapa Megan Fox tidak berlakon dalam filem termahal barat ini? Fatt Mazz rasa kecewa juga sebab Megan Fox pun dah lama sesuaikan diri dalam filem sebegini, terutama mesti kecewa sebab Sam terpaksa mempunyai gadis yang baru. Kadang-kadang ramai tertanya-tanya siapakah gadis itu? Apa kaitan dengan Sam? Macam mana dia boleh kenal Sam? Walau apa-apa pun, kita akan harus tonton filem hebat ini di pawagam-pawagam berdekatan dan persoalan yang bermain di fikiran akan terbongkar.... ^^v ....

Trailer Transformer : Dark of the Moon

Sinopsis

Bumblebee Autobots, Ratchet, Ironhide dan Sideswipe diketuai oleh Optimus Prime, yang kembali beraksi melawan Decepticons jahat, yang bertekad untuk membalas kekalahan mereka dalam filem Revenge of Fallen Transformers 2009.

Kerajaan Amerika selama ini ternyata tidak jujur dengan apa yang mereka ketahui. Selama bertahun-tahun mereka cuba mencari tentang kewujudan makhluk hidupan lain selain manusia yang menghuni bumi namun mereka tidak mempunyai bukti yang kukuh.

Apollo 11 adalah bukti kemajuan teknologi angkasa Amerika Syarikat. Di saat Kesatuan Soviet sedang berusaha menjadi manusia pertama yang menjejakkan kaki di bulan, Amerika Syarikat berjaya mendahului dan mendaratkan angkasawan pertama mereka di permukaan satelit bumi ini. Misi berjaya ini menjadi tonggak sejarah awal kejayaan manusia menjelajahi wilayah di luar bumi yang sebelumnya hanyalah impian maya sahaja.

Antara Muka Baru Dalam T3 : DOTM

Malangnya tidak semua dokumentasi tentang pendaratan manusia pertama di bulan ini terungkap. Ternyata, saat mendarat di bulan, para angkasawan ini mencari bangkai pesawat luar angkasa lain yang terpaksa mendarat darurat di sana. Masalahnya, bangkai pesawat ini bukan dari bumi. Apakah pesawat ini berasal dari Cybertron? Benarkah mereka sudah mencapai bumi saat itu?

Fatt Mazz nak bongkar sikit, yang berada di bulan itu adalah nenek moyang kepada puak Sentinel yang dikenali sebagai Sentinel Prime , atuk nenek moyang geng-geng Prime Optimus-lah nie... kenapa Sentinel Prime mahu menakhluki bumi? Adakah kerana dendam? Atau adakah kerana mahu selematkan kaum Sentinel tyang telah lama hilang dahulu? Jom kita tengok di pawagam!!! ^^v

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...