Rabu, 1 Jun 2011

Gigitan Hangat : L.J Direstui Ayah Syamsul?

Syamsul Yusof
Pada majlis pratonton filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof, keluarga dan kakitangan Skop Production membuat kejutan membawakan kek sempena ulang tahun yang ke 27 pengarah muda itu.

Ibunya, memberi ucapan ringkas mendoakan anak bujang hotnya itu segera bernikah. Agaknya sudah lama ibunya mengidam menyambut menantu. Apatah lagi Shamsul sudah beberapa kali putus cinta.

Bila si isteri mendoakan demikian, bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam segera menyebut nama LJ (Liyana Jasmay) sebagai calonnya. Sekarang mereka sedang berkawan. Cara Datuk Yusof macam berkenan sangat kalau pelakon comel itulah yang menjadi pilihan Syamsul.

Sebelum masuk ke panggung, Che Li ada duduk-duduk berbual dengan Syamsul. Selepas mengucapkan selamat ulang tahun... Che Li tanya Syamsul, apa hadiah yang teman wanitanya beri sempena ulangtahunnya pada 21 Mei lalu?

Sebenarnya Che Li tahu ada kejutan ulang tahun sebab Che Li tiba di Cathay Cineplex, E-Curve serentak dengan Datuk Yusof. Krewnya membawakan sebiji kek untuk membuat kejutan kerana tak sempat meraikannya.

"Dia bagi minyak wangi dan dompet," kata Syamsul tanpa berselindung. Tak tahulah Che Li teman wanita mana yang memberikan hadiah itu.

Bila duduk berbual dengan Datuk Yusof, pula adalah juga teman-teman bertanyakan pasal jodoh Syamsul. kata Datuk Yusof, dia tidak kisah siapa sahaja pilihan Syamsul. Walaupun pada dasarnya mahukan anaknya memilih orang di luar bidang seni, tapi sekiranya artis yang jadi pilihan, dia tidak menolak.

Malah bunyinya macam suka sangat kalau Liyana yang menjadi pilihan. Apatah lagi melihatkan sifat penyayang dan mengambil berat Liyana terhadap anak terunanya itu.

Liyana Jasmay

"Dah dia dalam bidang ini, orang yang dia jumpa pun golongan orang seni juga, saya tak kisah siapa pun pilihan dia.

"Saya lagi suka kalau dia cepat kahwin, biar dia jadi orang lebih bertanggungjawab bila sudah ada keluarga sendiri," kata Datuk Yusof.

Che Li: Lihat perkembangan Syamsul sejak dia kanak-kanak, lagi sebab semasa dia kecil, bapanyalah pengarah filem paling berjaya. Che Li suka sangat dengan filem KL Gangster. Tak rugi ke pawagam menonton filem itu. Lima bintang Che Li kasi. Walaupun kisah aksi gangster, ada juga pasal kasih sayang keluarga, persahabatan jati dan cabaran bekas penjenayah kembali ke jalan benar. Paling suka dialog Aaron Aziz yang lima tahun kena cucuk dek banduan lain dalam penjara. Apa maksudnya?

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...