Rabu, 1 Jun 2011

Gigitan Hangat : Liyana & Fizz atau Syamsul?

Fizz & Liyana
Bermain dengan kata-kata, sayang, cinta dan rindu... adakah benar dua pelakon popular ini sedang bercinta?

Sejak awal-awal lagi, ManggaMuda sudah terbaca status-status Twitter di antara Liyana Jasmay dan Fizz Fairuz, namun sangkaan awal ManggaMuda, sudah pasti mereka berdua hanya bergurau, kerana Fizz dan LJ sudah terkenal dengan sikap suka bergurau.

Twitter Liyana

Tapi bila ManggaMuda perhatikan luahan Twitter mereka, sehingga hari ini, LJ dengan beraninya memanggil Fizz dengan gelaran B...? Malah, LJ juga sering tercari-cari Fizz, seolah-olah dia sedang mengambil berat dengan keadaan pelakon lelaki itu.

Jawapan Fizz juga tidak kurang meragukan, biarpun belum pernah mengatakan hubungan cinta antara dia dan Almy Nadia telah terputus, namun, Fizz kelihatan berani menjawab Twitter LJ itu dengan ayat-ayat cinta juga.

Benarkah mereka berdua bercinta? Atau sekadar hanya propaganda sahaja? Kita tunggu dan lihat kenyataan mereka nanti?

Benarkan LJ mengkhianati Almy Nadia? Dan benarkah LJ sudah tawar hati dengan Syamsul Yusof? Hanya mereka sahaja yang ada jawapan ini?

Twitter Fizz


ManggaMuda: Harap tidak akan ada pergaduhan antara Liyana Jasmay dan Almy Nadia di kemudian hari.

Oleh : Manggaonline

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...