Rabu, 1 Jun 2011

Gigitan Hangat : Elly Mazlein Pilih Pengarah

Elly Mazlein
Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein payah bercerita pasal kisah hatinya. Malah tunangnya hanya didedahkan pada hari mereka ditunangkan pada 29 Mei lalu. Elly akhirnya disunting oleh pengarah drama Azmi Hata.

Mereka merancang berkahwin Februari depan. Azmi, 36, pernah mengarah drama yang turut menampilkan Elly antaranya Hantu Gigi, Relakan Cinta dan Kasih Berbunga Lalang.

"Kami dah kenal selama dua tahun dan sudah tiba masanya untuk kami membawa hubungan ini ke peringkat yang lebih serius," kata Elly semasa ditemui media pada majlis yang berlangsung di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, Kuala Lumpur semalam.

Azmi Hata & Elly Mazlein

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlin Syed Hanafi mengundang media ke majlis pertunangnnya demi menutup cerita sebelum ini kononnya dia sudah bernikah.

Azmi yang turut hadir selepas selesai acara pertunangan, meluahkan rasa syukur kerana majlis yang diatur berjalan lancar. Pihak lelaki membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pihak keluarga Elly.

"Kami merancang bernikah Februari tahun depan," kata Azmi, seorang yang berstatus duda beranak dua.

 

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...