Sabtu, 11 Jun 2011

Ending Nora Elena Berdasarkan Novel

Diadaptasi longgar dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf – Kasih Yang Suci ( Penulis : Meen Zulaikha) yang mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang lalu...

Tiga Watak Utama

Sinopsis Nora Elena

Nora Elena (Siti Saleha) ialah kisah seorang wanita yang telah diperkosa  semasa dia berusia 15 tahun. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti  normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin). Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan (Aaron Aziz). Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan. Seth Tan pula menawarkan dirinya menjadi Pak Sanggup menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Yang lebih mendebarkan berlaku setelah Nora Elena dan Seth Tan berkahwin. Nora Elena mendapat tahu Seth ini rupanya lelaki yang telah menodainya 10 tahun lalu. Malangnya Nora ketika itu sedang mengandung anak Seth. Dapatkah Nora menerima dan memaafkan Seth yang sudah insaf dengan perbuatan silamnya? Apakah motif Seth mengahwini Nora?

Barisan Pelakon : Siti Saleha ( Nora Elena ), Aaron Aziz ( Seth Tan ), Wan Sharmila ( Yvonne ), Miera Liyana ( Maria Tan ), Zul Ariffin ( Eid ), Fateen ( Azira ) dan ramai lagi.

Nora Elena OST & Trailer



Ulasan Admin

Nora Elena? Drama nie memang buat ramai orang tertarik untuk melihatnya di kaca TV3 melalui slot akasia dari pukul 7.00 petang - 8.00 malam. Bermula 9 Mei 2011, drama ini ditayangkan dari hari Isnin hingga Khamis. Fatt Mazz pada mulanya tidak tertarik untuk melihatnya, tetapi setelah memuat turun ceritanya daripada episod 1-20 ( minggu depan adalah minggu terakhir - 13 Jun 2011 ), Fatt Mazz memang giler-giler tengok, sambil makan dan kalau ada masa free, gerenti tengok...

Yang paling Fatt Mazz benggang sekali adalah dengan Yvonne, fuh..bukan main jahat lagi rancangannya, cemburunya yang taksub dengan cinta kepada Seth Tan, membuat rumah tanggga Nora dan Seth goyang...yang paling tak tahan, kenapalah dulu-dulu si Yvonne nie beriya-iya sangat nak jadi batu api dan pisahkan Eid dengan Nora? Kalau si Yvonne tu tak jadi batu api, sekarang Eid dan Nora dah kahwin dan si Yvonne mungkin sempat nak dapatkan Seth Tan dengan cara baik.

Okla, semua berlaku tanpa dijangkakan, sekarang nie, Nora dah mampu terima Seth sebagai suami, tetapi setiap kali seth rapat dengan Yvonne, pasti Nora akan cemburu, siapa yang tidak sayang suamikan? Tetapi dalam episod 20, Nora gembira kerana dia telah mengandung tetapi saat itu juga dia mengetahui tentang bilik rahsia Seth. Adakah Nora telah mengetahui siapa Seth yang sebenar? Atau Adakah Seth perogolnya 10 tahun dahulu? Yang nie, kena tengok episod 21 dan seterusnya dalam slot akasia TV3.

Tapi Fatt Mazz ada terbaca novelnya, secara online, Fatt Mazz jarang beli novel, kalau ada pon, pinjam jer dengan kekawan. Dalam novel, endingnya berakhir dimana dendam Yvonne terhadap Nora dan cinta fanatiknya pada Seth telah membuat dirinya menculik anak Nora dan memaksa Seth menceraikan Nora dan mengahwininya, jika tidak, anak kecil itu akan dibunuh.

Cerita ini berakhir dengan Happy Ending , Yvonne mati dalam kemalangan dan anak Nora dan Seth diselamatkan. Fatt Mazz tidak menjangkakan cerita ini berakhir sebegini dalam drama itu, tetapi inginkan kesudahan menarik dan gembira kerana bagi Fatt Mazz, Seth dengan Nora adalah yang paling sesuai dan Seth telahpun bertaubat dan menanggung perbuatannya sendiri, bagi Fatt Mazz, ini boleh dijadikan contoh kepada perogol-perogol yang lain dan suami yang berada di luar sana.

P/S : Kalau nak baca novel online klik butang bawah nie dahulu.. :P



Screenshots Drama

Nora Elena 10 Tahun Yang Lepas

Nora & Maria Tan

Eid dan Nora Sebelum Putus Tunang

Si Yvonne Yang Kuat Cemburu

Seth Tan Yang Masih Simpan Perasaan Cinta Pada Nora
Seth Cuba Menggantikan Tempat Eid

Seth Tan Serius Ingin Mengahwini Nora Elena

Nora Berduka Namun Terpaksa Menerima Hakikat

Bibit Kemesraan Kian Tercipta

Nora Elena Mampu Menerima Seth Seadanya

Ok... sekarang apa lagi... beli jer novel lagi syok.. :P tak pun download dari mana-mana website yang upload citer nie. Kepada yang dah tengok, teruskan menonton cerita ini di TV3 !!! Adios!!! ^^v

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...