Khamis, 26 Mei 2011

Sesi Jenaka : Diari Seorang Isteri

Isnin :

Kad kredit saya telah dicuri, saya tidak membuat laporan polis kerana pencuri itu tidak menggunakan wang sebanyak yang digunakan oleh suami saya.

Selasa :

Saya bertanya kepada suami,”Sayang, tempat mana yang terbaik untuk merayakan hari ulang tahun perkahwinan kita?”

Dia menjawab, “Cubalah ketempat yang belum pernah saya lawati.”

Malam itu saya mendapat satu penampar kerana membawa suami saya ke dapur rumah .

Rabu :

Kalau keluar bersama-sama, kami selalu berpegangan tangan. Hari ini saya lepaskan tangannya, sedar-sedar dia sudah ketempat wanita bersenamrobik..

Khamis :

Suamiku paling suka membeli barangan kereta. Hari ini dia telah membeli roda berantai untuk kegunaan kereta kebal. Untuk Drift katanya.

Jumaat:

Hobi suamiku adalah Ubahsuai Kereta, Ubahsuai Kereta, dan Ubahsuai Kereta. Oleh kerana hari ini dia demam, malam tadi aku dengar ada 3 buah kedai accessories kereta telah bankrup.

Sabtu :

Dia suka mengumpulkan alatan elektrik untuknya dan keretanya.. Dia beli gitar elektrik, Tombol gear elektrik, stereng elektrik, dan semuanya serba elektrik.

Pagi tadi dia tanya, “Ayang, ayang rasa, barang apa yang belum saya miliki?”;

Saya belikan dia sebuah kurusi elektrik !- dapat lagi satu penampar.

Hari Minggu :

Hari ini, suami saya menelefon saya dan mengeluh, keretanya rosak dan tidak dapat bergerak lagi.

Saya tanya apa sebabnya,

Dia kata ada air di karburatornya.

Saya bertanya kereta ada dimana,

Dia kata terbabas kedalam Laut Danga Bay.

Oleh : Junairah

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...