Sabtu, 7 Mei 2011

Juvana - Kupasan Drama Bersiri TV3

Drama Bersiri Juvana

Bermula 25 April 2011 setiap hari isnin, pukul 9.00 malam di TV3

Kisah Juvana bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.

Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.
Sedutan Episod 1


Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.

Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain. Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut. Daim dan Cikgu Zakiah sedang berdepan dengan ancaman nyawa daripada pihak yang tidak menyenangi tindakan mereka. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Juvana, sebuah drama bersiri yang akan mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, JUVANA juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut.

Pelakon Watak Utama
Drama Juvana ini diarahkan oleh Faisal Ishak dan dilakonkan oleh Zahiril Adzim ( gambar ), Bront Palarae ( gambar ), Izreen Azminda ( gambar ), Irfan Roslan, Beto Kushairy, Kuswadinata & ramai lagi.

Zahiril Sebagai Daim

Kupasan Admin

Cerita ini sememangnya menarik kerana penuh dengan aksi, lakonan yang mendebarkan, dunia samseng, ketakutan, kesakitan, cabaran dalam hidup dan ketabahan menghadapi dunia juvana. Terdapat pelbagai persoalan yang timbul terutama adakah yang masuk ke tempat pemulihan ini semuanya pelaku jenayah bawah umur atau sememangnya betul-betul melakukan kesalahan, adakah Daim yang telah membunuh keluarganya betul-betul membunuh atau dianiayai oleh orang? Adakah Daim akan terus selamat dalam kancah buli samseng yang telah lama berada dalam pusat pemulihan itu? 

Dalam episod 2 yang lalu.. Cikgu Zakiah selaku kaunselor telah memilih untuk mengajar pelajar samseng ini dan cuba pelbagai cara untuk sesuaikan diri dengan pelajar, tapi pelbagai dugaan yang dihadapi oleh Cikgu Zakiah terutamanya lagi, perempuan memang lemah dengan kekasaran lelaki, adakah Cikgu Zakiah akan teruskan atau berputus asa? Kita lihat episod 3 dan seterusnya... ^^v

Samseng-Samseng Otai Waja Bakti

Jadi, apa lagi jom kita tengok... saya sendiri tidak sabar untuk melihatnya lagi, drama ini kalau saya tidak silap ada 13 episod semuanya dan setiap episod hampir 1 jam. Cerita ini penuh motivasi, pengajaran, ikhtibar, kasih sayang dan kesabaran yang tinggi. Khas untuk remaja-remaja yang sering bermasalah dan berdarah panas serta umum untuk semua... ~ TAMAT ~

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...