Isnin, 9 Mei 2011

Isu Hangat : Awie Marah Bob Lokman !


Awie vs Bob

Tentunya anda semua pernah lihat dan dengar dengan perubahan artis Bob Lokman daripada seorang yang selalu bergiat aktif dalam bidang seni tanah air tiba-tiba pakai serban dan jubah dan terus berubah jadi orang yang alim agama atau seakan-akan orang yang mendekati para ulama dan ilmuwan islam, tidak salah... baik...saya kata memang baik... tapi kadang-kadang kita nie ada jugak batasnya kan... so apa kata artis lain lak macam Awie? ^^v... Fatt Mazz tak nak masuk campur hal nie..nanti kena baham kat Abang rocker Awie lak.... HeHe


Daripada editor akhbar Utusan

Saya tidak terkejut dengan 'kemarahan' rockers Awie terhadap Bob Lokman seperti disiarkan akhbar baru-baru ini.

Apabila Bob memperlihatkan sisi 'poyo' yang teramat dan meletakkan dunia seni tanah air seolah-olah hanya di kepala lutut, memang patutlah orang seperti Awie marah dan kecewa.

Tentulah Awie marah sebab Bob seolah-olah menghina dan mencerca bidang yang selama ini menjadi periuk nasinya sendiri.

Sepanjang kehidupan sebagai anak seni, banyak yang telah dilalui oleh artis-artis kita. Ini termasuklah tempoh pencarian untuk mengenal jati diri, kehidupan, manusia dan kemanusiaan.

Sebenarnya bukan Bob saja yang sudah bertemu dengan fasa baru dalam kehidupan setelah sekian lama bergelumang dengan dunia seni.

Banyak, sudah banyak artis yang memilih untuk berhijrah ke arah kehidupan untuk berdakwah melalui saluran keagamaan.

Ini termasuklah Ali Setan, Azmil Mustaffa yang hari ini sudah berkeliling dunia untuk berdakwah.

Bagaimanapun mereka bukan seperti Bob yang seolah-olah langsung tidak mengenang walau satu pun kebaikan dalam dunia seni yang pernah diladeni.

Amy Search juga telah banyak berubah kearah yang lebih positif. Amy pada zaman muda dan Amy sekarang adalah langit dan bumi, kalau boleh dibuat perbandingan.

Pun begitu, tidak pernah sekalipun Amy mengeluarkan kata-kata nista kepada teman-teman artis waima dia sudah menjalani kehidupan yang lebih positif ke arah keagamaan.

Hari ini, Amy juga berdakwah dalam menyampaikan legasi seninya, tetapi berbeza cara dengan Bob yang terus berpaling tadah dan menganggap seni adalah sesuatu yang 'busuk' langsung tidak ada wanginya.

Amy hanya menggunakan landasan seni, bidang yang dia tahu untuk interaksi dengan peminat.

Justeru, Amy tidak dengan mudah menuding jari menyata itu haram, ini tak boleh, si dia masuk neraka atau syurga.

Itulah masalahnya apabila Bob menggunakan pentas politik sebagai medan untuk menyampaikan apa yang dikatakan 'perjuangan' ke arah syurga itu.

Bob Lokman

Turut mengecam Bob, bukan saja Awie seorang.

Berdasarkan perbualan saya secara peribadi, ramai lagi artis lain yang memang 'makan hati' apabila dikeji dan dihina oleh rakan seperjuangan sendiri.

Ini termasuklah penyanyi Jamal Abdillah.

Jamal dalam komen kepada Saodah Ismail di Agendadaily berkata : 'Jika kita sudah tidak mampu bersaing dengan orang lain, janganlah salahkan industri. Bagi saya, beliau (Bob) sudah tidak ada apa untuk ditawarkan kepada industri' demikian kata Jamal.

Pada pandangan Jamal juga, sebenarnya orang seperti Bob sudah tidak mempunyai ruang dan peluang dalam industri seni.

Sebab itu dia memilih bidang lain sebagai pentas terbarunya. Tetapi amatlah malang kerana kemudiannya Bob cuba menyalahkan industri apabila dia tidak memperolehi apa yang dicita-citakan dan menjadikan orang seni sebagai 'kambing hitam' untuk membuat hukuman.

Jamal turut menambah, soal hipokrit tidak timbul kerana terpulang pada manusia itu sendiri untuk hidup secara pura-pura atau tidak.

"Hipokrit itu sendiri sebenarnya apa? Ia adalah orang yang melakukan dosa tapi berlagak baik dan dalam dunia yang dimasuki oleh Bob sekarang ini, perkara begitu banyak berlaku dengan jelas.

"Hari ini, ada orang cakap soal agama, soal hadis, tetapi hakikatnya, dialah orang yang paling tidak boleh dipercayai.

"Ini memang ada dalam dunia politik sedangkan dalam dunia hiburan, kita menghasilkan lagu atau karya yang mengajak pada keamanan, kecintaan dan sayang menyayangi. Di dalamnya ada perpaduan, ada seruan untuk hidup harmoni," tegas Jamal.

Bob, ingatlah, persahabatan dalam dunia politik dan dunia seni sangat berbeza sifatnya. Dalam politik, hari ini bersahabat tetapi esok boleh jadi musuh yang paling ketat. Dalam politik, tidak ada sahabat atau musuh yang kekal.

Maknanya apa-apa juga boleh berlaku. Jika hari ini orang yang Bob 'damba-dambakan', agung-agungkan, barangkali esok boleh meletakkan anda di tempat paling bawah.

Pada ketika itu, saya percaya sahabat-sahabat beliau dalam dunia seni masih mampu menghulurkan tangan persahabatan.

Kerana sama ada semalam, hari ini, mahu pun esok, yang menjadi keinginan orang seni sejati hanya satu - perdamaian.

Pada ketika dunia politik penuh dengan kacau bilau seorang seniman sejati akan kekal dengan prinsip perjuangannya iaitu untuk menabur bakti, menanam kasih sayang dan memperjuangkan kemanusiaan yang diseru melalui muzik, filem dan lagu-lagu mereka.


Awie
"Jangan hipokrit, jangan cari publisiti murahan dan jangan riak," Kata penyanyi kumpulan Wings, Awie kepda pelakon dan pengacara, Bob Lokman yang kebelakangan ini dikatakan kerap "menyerang" dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, berkata jika Bob Lokman mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik.

Awie turut menegur Bob yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, supaya memberikan tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini.
"Dia (Bob lokman) pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun lamanya dan memperoleh pendapatan daripada dunia yang beliau kutuk ini.

"Apa yang saya hendak ingatkan Bob supaya tidak melaku perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri, bak kata pepatah meludah kelangit terkena muka sendiri."Kita sama-sama "cari makan" dalambidang sama, tetapi apabila rasa nak beralih arah kenapa pula dia nak kutuk bidang yang pernah digelumangi," katanya yang mendakwamengenali Bob Lokman sejak 1985-HMetro

1 ulasan:

  1. bukan nak kata la............... tapi kalau artis lain kata dunia seni tu bagus............. che jawab ................. solat didahulukan atau kerja didahulukan......... sama la kita semua................. taniah kepada bob lokman (Y)

    BalasPadam

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...