Isnin, 30 Mei 2011

Gigitan Hangat : Lisa Tidak Kisah Yusry Duda

Lisa Surihani
Dia tidak mengiyakan, dan dia juga tidak pernah menafikan ada sesuatu dalam hubungan yang terjalin antara dirinya dengan pengarah dan juga pelakon popular, Yusry Abdul Halim.

Biarpun banyak cakap-cakap nakal yang mengatakan mereka sedang asyik bercinta, namun pelakon jelita, Lisa Surihani masih enggan mengakui sama ada mereka benar-benar sedang berkasihan dengan duda panas itu.

Namun begitu, dia mengakui sedang mengenali rapat salah seorang anggota kumpulan KRU ini, dan tidak kisah dengan statusnya sebagai seorang duda. Jelas Lisa dia tidak pernah menganggap status itu sebagai faktor untuk dia berkawan rapat.

Lisa Surihani akui hubungan bersama Yusry lebih daripada kawan biasa.

"Kalau saya kisah dengan status dudanya, saya tidak akan mulakan hubungan ini sejak awal lagi. Pada saya, status itu tidak penting, dan ia sama sekali tidak mengganggu saya.

Sesetengah orang pasti tidak selesa dengan status sebegitu, tapi pada saya ia tidak menjadi masalah besar," luahnya.

Ditanya tentang perjalanan hubungan mereka, jelas Lisa dia masih tidak boleh bercerita tentang perkara ini kerana tidak manis bagi wanita untuk bercerita soal cinta.

"Sebagai perempuan, saya rasa tidak manis untuk saya terlalu bercerita tentang perkara ini. Saya lebih suka bercerita tentang kerjaya sahaja, berbanding bercerita mengenai peribadi sebegini, saya harap anda semua faham.

"Mengenai Yusry... kami makin mengenali, itu sahaja yang boleh saya katakan," jelas Lisa lagi.

Lisa juga menafikan dakwaan yang mengatakan dia mendekati Yusry hanya sekadar untuk mengambil kesempatan dalam kerjayanya sebagai pelakon.

Lisa Akui Hubungannya Dengan YusryLebih Daripada Kawan Biasa

"Saya tak boleh kawal apa orang nak cakap, tapi saya bukan begitu. Saya percaya, rezeki itu di tangan Allah, dan tak perlu saya berkelakuan begitu untuk mendapatkannya.

"Sejak usia 11 tahun saya sudah berusaha sendiri untuk mendapat tawaran lakonan, jadi saya tidak perlu taktik sebegini untuk mendapatkan job," luahnya yang ditemui di majlis pra tonton filem Karak, arahan Yusry.

Lisa akan kembali mengacarakan program Mari Menari musim kedua, dan akan muncul dengan filem Sekali Lagi pada bulan depan.

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...