Selasa, 17 Mei 2011

Gigitan Hangat : Diana Kembali Pada Farid?


Pelakon dan penyanyi remaja, Diana Danielle enggan mengulas khabar yang mengatakan dirinya sudah kembali menjalinkan hubungan cinta bersama bekas kekasihnya, Farid Kamil.

Pasangan aktor dan aktres ini pernah mengaku bercinta sekitar tahun 2009 yang lalu, namun kemudiannya mereka diberita sudah berpisah pada awal Februari lalu.

Biarpun begitu, kenyataan yang ditulis oleh pelakon yang popular dengan filem Maqika dalam laman sosial, Twitter miliknya yang berbunyi “Im happy to say that farid and i are back together.. harap semua dapat mendoakan kebahagiaan kami berdua :)" seolah-olah memberitahu umum bahawa dirinya kini sudah kembali bercinta semula.

Meskipun begitu ketika menemui Diana di sebuah majlis anjuran Sunsilk-MODA baru-baru ini, dia enggan bercerita lanjut soal cintanya itu.

"Saya tidak mahu bercakap tentang itu, apa yang tertulis disitu, itulah sahaja yang boleh saya beritahu. Saya tak mahu komen lebih lanjut,"jelas Diana.

Bercerita soal penyakit yang dihidapinya, menurut Diana dia sekarang sudah beransur sembuh.

"Saya mula terasa sakit sekitar bulan Ogos dan September yang lalu, dan kemudiannya saya mencuba perubatan tradisional China untuk membuang ketumbuhan di rahim saya, dan Alhamdulillah, kini keadaan badan saya semakin pulih.

"Saya tidak mahu lakukan pembedahan, dan seboleh-bolehnya saya akan elak daripada melakukannya.

"Saya diberitahu perubatan tradisional di China sangat mujarab dan saya telahpun ke negara itu untuk mendapatkan rawatan.

"Disana mereka berjaya keluarkan cecair berwarna hijau yang berbau busuk dan bernanah daripada rahim saya,dan ianya memang sakit,"jelasnya lagi.

Farid & Diana

Diana Danielle juga baru sahaja pulang ke Malaysia selepas melanjutkan pelajaran dalam bidang lakonan di Sekolah Filem & Lakonan di Los Angelas dan kini sudah bersedia memulakan semula kerjayanya dalam bidang lakonan.

"Saya kesana selama sebulan sahaja, dan banyak perkara yang saya pelajari sewaktu disana. Dalam satu kelas, saya ditempatkan dengan dua orang pelajar yang lain.

"Tak dinafikan kelas ini memang bagus, jika selama ini saya main hentam sahaja sewaktu berlakon, tapi kini saya sudah mempunyai asas yang baik untuk memulakan lakonan,"luahnya .

 

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...