Isnin, 9 Mei 2011

Gigitan Hangat : Cheryl Sah Isteri Orang


TAK ADA angin, tak ada ribut, tiba-tiba sahaja nama Cheryl Samad, 30, menerpa ruang atmosfera hiburan tanah air. Semuanya gara-gara pengacara kecil molek ini dikatakan telah pun selamat bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan berbangsa cina dalam sebuah majlis yang diadakan secara rahsia pada 30 April lalu.

Mengikut sumber, majlis perkahwinan pasangan Cheryl dan Ng Ping Ho, 38, itu telah berlangsung dalam suasana serba sederhana di Holliday Villa, Subang Jaya.

Bagaiamanapun apa yang menjadi isunya sekarang ialah kenapa berita baik sebegini tidak dikongsi Cheryl bersama rakan-rakan media?

Walhal, hubungan pengacara popular Anugerah Juara Lagu ini dengan pihak media bukanlah sesuatu yang asing.

Tak kurang dengan itu, ada juga di kalangan wartawan tempatan yang melahirkan rasa kecil hati kerana tiada sebarang kad jemputan diterima daripada Cheryl dan pasangannya.

Tidak mahu hanya mendengar khabar angin, Pancaindera berkesempatan menemu bual bintang drama bersiri popular Blogger Boy ini bagi mendapatkan penjelasan daripada mulutnya sendiri.

Sumber : utusan

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...