Selasa, 17 Mei 2011

Gigitan Hangat : Amir Akhirnya Tersingkir!

Aksi Amir Sepanjang Maharaja Lawak Berlangsung Seehingga Minggu Ke-7

Memberikan persembahan yang kurang memberangsangkan sejak dari awal program Maharaja Lawak ini berlangsung, Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 23 dikatakan sememangnya tidak layak untuk berada di atas pentas itu.

Namun begitu oleh kerana undian daripada peminat-peminatnya, Amir berjaya membawa lawak-lawaknya sehingga minggu ketujuh yang lalu.

Minggu yang bertemakan Silent Comedy ini ternyata tidak membawa tuah kepada Amir apabila dia telah pun diundi keluar oleh dua peserta yang bertanding, dan sekali gus mendapat undian sms dan juri yang juga rendah, sekaligus meletakkan dirinya sebagai peserta yang tersingkir pada malam itu.

Agak terkejut dengan penyingkiran ini, jelas Amir dia tidak pernah menyangka akan tersingkir sejak kali pertama dia menjayakan program itu.

Amir & Man Mendapat Undian Terendah Pada Minggu Ke-7


"Saya dah jangka dari awal lagi, ada sistem undian masuk akan dilaksanakan dalam Maharaja Lawak ini, tapi saya tidak menyangka yang saya akan tersingkir.

"Sebenarnya sebelum buat persembahan saya akan buat homework terlebih dahulu, dan bukannya tidak bersedia.

"Walaupun ramai yang tidak suka dengan persembahan saya, tapi masih ada juga yang menyukainya, jika tidak saya tidak akan sampai ke minggu yang tujuh ini,"jelas Amir yang juga mengharap undian masuk itu akan menyelebahi dirinya.

Sistem undi masuk telah diumumkan diminggu ketujuh ini, ia memberi peluang untuk peminat-peminat mengundi peserta kegemaran mereka yang telah tersingkir dengan cara menekan Like di laman sosial facebook www.facebook.com/maharajalawak. Undian terbanyak sehingga rabu ini akan berjaya membawa seorang peserta untuk kembali bertanding.

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...