Isnin, 9 Mei 2011

5 Tips Mengorat Awek Di Shopping Mall


KB Mall
Bila sebut pasal shopping mall...mesti terbayangkan awek-awek yang berkeliaran, mana tak nya,,, shopping mall nie medan wanita melepaskan kepuasan dan keronokan, itu juga hobinya. Jadi sebagai lelaki yang mungkin tiada sangat idea nak cari awek, inilah tempatnya, tapi ingat, kat shopping nie..lau tak da duit... susah... ^^v

1. Tinggikan keyakinan diri dan terus cakap nak berkenalan

Ada sekali saya pernah saya pergi ke KB Mall di Kota Bharu, kalau tak silap saya dalam 2 tahun yang lepas di mana saya single dan available lagi. Sekarang saya single tapi N/A.. HeHe ^^v , saya pernah ajak seorang gadis bermain blowling padahal saya tidak pandai ( kantoi tapi berlagak macho ) tapi saya cuba beranikan diri dan ayat saya yang saya masih ingat :

Macho x?
" Hai, nak main bowling tak ? "

Respon si dia agak baik tapi dia kata tidak pandai, tapi balas balik :

" Xper.. saya ajar... free jer... saya bayar untuk 1st time ..."

Selepas itu, saya ajar sambil ketawa dan penuh kelucuan... last skali dia balik sambil melambaikan tanganya... at least, saya dapat no phonenya ^^v....dengang alasan saya mahu ajak dia bermain sekali lagi sebab kali pertama itu saya kalah ( kasi cam... ;P )

2. Offer tiket wayang free kepada si awek

Yang nie lak kawan saya bagi tips dia sedikit... ^^v

Teknik ini hanya applicable jika anda berada di kawasan panggung wayang sahaja. Katakanlah anda ternampak seorang awek sedang beratur panjang membeli tiket dan anda pulak sudah berada di kaunter. Beli terus 2 keping tiket. Kalau boleh couple seat terus. Kemudian tebalkan diri anda dan pergi bertanya kepada si awek. Mungkin ayat di bawah boleh digunakan:-

Hi. Saya ada satu tiket lebih nie. Kawan saya yang janji nak tengok wayang dengan saya sekali tak jadi datang pulak. Disebabkan pembaziran itu amalan syaitan, boleh tak kalau awak temankan saya tengok wayang nie?"

Nie wayang ke wayang kulit?

Sila pastikan yang si awek tue betul-betul seorang diri sebelum anda mencuba teknik ini. Kalau tak mau kena pelangkung dengan pakwe dia pulak.

3. Bayarkan makanan yang dimakan oleh si awek

Yang nie part saya, tak kiralah saya kenal, baru kenal atau dah kenal, bila jati rasa nak belanja, saya akan terus belanja... bagi saya la kan, tak perlulah belanja banyak sangat, lagipun perempuan nie ( terutama yang kurus & cantik ) suka diet.. jadi bayarlah untuk makanan yang ringan-ringan seperti ais krim, kacang, pop corn, coklat atau makanan lain yang anda rasa sesuai. Sekurana-kurangnya, dia rasa seronok, ingin berjumpa dan ada jer yang ingin balasa balik ( jadi anda sempat berjumpa lagi :P ).
Kali nie saya belanja
4. Hantar awek pulang ke rumah atau ke tempat yang si dia ingin pergi

Yang nie biasenya kalau si awek itu mahu pulang atau pergi ke tempat lain, jika anda tiada kenderaan mungkin anda boleh pulang sekali dengannya ataupun jika si dia mahu pergi ke tempat lain, anda temankan. Jika si dia tidak kenal akan tempat itu, anda tunjukkan, nie macam jurupandu shopping mall la...hak3 .. last sekali, jika anda ada kenderaan, ajak terus naik kereta atau bagitahu untuk hantarnya pulang tapi ingat... hantar terus bukan melencong tempat lain.... niat biar betul.. nanti bahaya... :P

Nak no. Kak Heliza? :P


5. Minta No. Phone atau email

Kalau dan jumpa..beranikanlah mintak nombor enset..emel ker.. lau dah teman,, cakaplah :

" Ley tak kasi awak kot2 awak sesat lagi nanti .." sambil tersenyum dan berlatah.



Kalau dah bawak pulang, cakap jelah macam ini :

"Awak, ley mintak contact tak, mungkin awak nak pergi shopping mall lagi ? ".

Ok!! Sekarang dah nampak? Tapi saya nak bagitahu satu jer... tak semua gadis akan terpikat dengan cara ini, mungkin sesetengah sahaja. Tapi apa-apa pun, selamat mencuba ! ^^v Kalau anda ada tips lain, sila kongsi...

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...