Sabtu, 9 April 2011

Si Pemalu Jadi Jurulatih Cinta

Kiri : See memberi tunjuk ajar pada rakannya
PADA usia 17 tahun, remaja bernama Xavier See mendiami dunia penuh kemurungan. Dia berhenti sekolah dan rakan-rakan pula boleh dikira dengan jari. Tidak dianugerahkan fizikal menarik, See juga gugup apabila berdepan dengan gadis idamannya yang sering membawa kepada kekecewaan setiap kali dia ingin menjalin hubungan serius.

Namun, mimpi ngeri tersebut kini tidak lagi menghantui dirinya. Hari ini, See berbangga menjadi lelaki dewasa berumur 23 tahun yang memegang kerjaya sebagai jurulatih cinta buat kaum Adam. Dia berjaya menyingkirkan imej lelaki pemalunya kepada lelaki segak berketerampilan.

Segalanya begitu kontra, jika dahulu dia merupakan golongan lelaki yang gagal merebut hati wanita tetapi kini, dia menjadi guru kepada lelaki-lelaki Singapura yang mengalami nasib silam sepertinya. See kini membantu mereka mengaturkan temu janji bersama wanita yang bersesuaian.

Lelaki-lelaki yang mendapatkan khidmat See akan diberi kursus tiga hari dengan bayaran sebanyak S$1,800 (RM4,320).

“Pelajar-pelajar saya akan diajar cara mencuri hati wanita dengan mengasah keyakinan dan keberanian diri mereka.

“Saya menyediakan sesi pembelajaran secara individu dan juga bengkel berkumpulan dengan mengajar mereka tentang keinginan wanita, mengenal pasti persekitaran serta teknik memikat hati wanita idaman mereka,” jelasnya yang berkhidmat di bawah sebuah syarikat beribu pejabat di Amerika Syarikat (AS), 24/7 Attractive Man.

Bagi memberikan gambaran jelas situasi memikat wanita, See tanpa segan silu melakukan demonstrasi tersebut dengan menjadikan dirinya sebagai ‘pelakon’ di hadapan pelajar-pelajarnya yang kemudiannya akan dilakonkan semula oleh mereka.

Selain itu, dia turut membawa pelajar-pelajarnya ke kedai-kedai buku, kafe dan pusat hiburan sebagai latihan komunikasi bersama wanita yang pertama kali ditemui mereka.

Menyentuh soal kerjaya, dia dikira bertuah kerana khidmat yang ditawarkan menepati situasi di Singapura apabila 43 peratus lelaki dalam lingkungan umur 30 hingga 34 tahun masih bujang dan tidak mempunyai teman wanita.

See memberitahu, prestasi kerjayanya semakin meningkat terutama dari segi jumlah pelajar apabila dia berjaya menerima 140 pelajar pada tahun lalu berbanding 50 pelajar pada 2009.

Seorang lagi jurulatih cinta yang hanya dikenali dengan nama Skilldo mula menceburkan diri dalam kerjaya tersebut pada 2007 dan telah mengajar lebih 700 pelajar termasuk lelaki muda yang ingin mencari teman wanita serta duda yang mahu mencari cinta baru.

“Tetapi sebagai sebuah negara Asia, sistem yang kita jalankan berbeza daripada negara-negara lain kerana kita perlu menghormati beberapa aspek budaya agar tidak kelihatan keterlaluan,” ujarnya.

Bayaran Untuk Jurulatih Cinta Singapura ( 3 hari ) adalah RM 4320

Sementara itu, seorang lelaki berumur 21 tahun, Mike, menceritakan pengalamannya ketika belajar tentang teknik memikat wanita bersama See.

“See mengajar kami beberapa isyarat rahsia dan peraturan ketika temujanji seperti memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap wanita yang ditemui.

“Antara konsep yang diaplikasikan See diterjemah berdasarkan buku bertajuk The Game: Penetrating the Secret Society of Pickup Artists yang ditulis oleh Neil Strauss pada 2005,” katanya.

Seorang jurujual, Ryan Tan, 32, mengakui sejak dia mendapatkan khidmat daripada dua jurulatih cinta pada 2008, kemahiran sosialnya meningkat mendadak dan dia kini bahagia bersama teman wanitanya, Theresa Low, 35.

“Lelaki memang jarang bersosial. Kami boleh bekerja dan bermain permainan komputer tetapi, kemahiran sosial kami amat rendah,” katanya yang merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya pada tahun ini.

Berbeza pula dengan Derick Ho, 29, dari Magic School Secret Skills, yang menyediakan kursus temu janji menggunakan pendekatan silap mata sejak 2007 lagi.

Jelasnya, proses berkenalan perlu diselitkan dengan unsur kejutan agar menjadi lebih menarik dan memudahkan proses tersebut berjalan lebih pantas.

“Tidak ramai yang mempunyai kelebihan melakukan silap mata. Ia mampu membuatkan perbualan hambar menjadi menarik, membuat wanita tersenyum dan membuatkan lelaki tampak lebih berkarisma.

“Walaupun aksi silap mata yang dilakukan tidak menjadi, tetapi ia sebenarnya menunjukkan keikhlasan lelaki itu mencuba sesuatu bagi menarik perhatian wanita tersebut,” ujarnya.

Kata Admin : Saya buat blog cintan nie...ley jadi jurulatih cinta tak? Kih3.... dapat gak duitkan? :P

Sumber : kosmo

2 ulasan:

  1. cinta pon perlu jurulatih....anyway nice entry

    BalasPadam
  2. Bnyk entry mnrik kt sini...sila lihat ^^

    BalasPadam

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...