Ahad, 24 April 2011

Isu Hangat : Padan Muka Pemuja Justin Bieber

Justin Bieber Beraksi Di Pentas
Malam tadi penyanyi remaja Justin Bieber mengadakan persembahan di Kuala Lumpur. Penuhlah Stadium Merdeka dengan 15,000 penonton yang teruja menonton persembahan penyanyi lagu Baby itu.

Selain anak-anak muda ada juga ibu bapa yang terpaksa pura-pura gembira kerana menemani anak masing-masing yang tak mahu melepaskan peluang menonton show tersebut. Apatah lagi Bieber sangat popular sekarang ini.
Justin Tidak Mesra Media

Kita dengar macam-macam hal dan kerenah penyanyi remaja itu hingga ada yang membuat tanggapan dia seorang yang besar kepala kerana disuntik populariti. Apatah lagi sekarang ini seluruh dunia mendemaninya.

Bieber, 17, marah dengan pihak media Malaysia yang menunggu ketibaannya di KLIA dan merakam gambarnya bersama teman wanita Salena Gomez yang turut ikut rombongannya. Akibatnya dia mahu mendukacitakan media. Bieber itu buat hal tidak mahu muncul selagi melihat ada jurugambar di hadapan pentas.

Boleh macam itu? Inilah sebenarnya gaya penyanyi luar negara yang selalu orang kita agung-agungkan. Walaupun sering diperlekehkan, tetap tak reti-reti nak serik. Sementelah penganjur juga sanggup ambil risiko kerana memikirkan jualan tiket yang menguntungkan.

Sanggup berhujan bagai...

Peminat yang sejak pukul 5.00 petang lagi berbaris mahu masuk yang mula marah-marah dan menjerit memanggil nama penyanyi itu untuk segera tampil di atas pentas bila dah dekat jam 9.00 malam shownya belum bermula.
Terpaksa Menunggu Ketika Hujan


Mereka pastilah panas, kerana menunggu sejak awal, tapi pintu hanya dibuka pada waktu yang ditetapkan. Mereka juga perlu berhujan dalam barisan. Bayar tiket bukannya murah.

Bagi Kita, satu saja ayat yang nak Kita cakap. Padan muka pemuja Justin Bieber ni. Mereka puja sangat sampai sanggup berhujan dan berpanas. Kalau artis terbaik Malaysia buat persembahan mereka tak layan sangat. Tak ada kelas kata mereka.

Persembahan Bieber bukanlah hebat mana pun. Alaa... show budak baru naik yang tiba-tiba popular. Apalah sangat yang nak dijangkakan. Hanya menyanyi, menyanyi dan menyanyi sajalah. Vokalnya pun bukanlah hebat sangat sekadar boleh menyanyi saja.

Budak tu baru ada sebuah album dan memiliki beberapa buah lagu popular. Lagu-lagu itu sahajalah yang dipersembahkannya. Kiranya tak rugilah bagi yang tidak ambil kesempatan menontonnya.

Penyanyi berasal dari Kanada itu mengadakan tour dalam masa filem berkonsep bio lakonannya, Never Say Never ditayangkan. Agaknya dia turut mahu mempromosikan filem tersebut dalam masa yang sama.

Foto oleh: Shahril Azman Zain

Admin Kata : Menonton persembahan Monoloque lagi bagus, bala nie...bala... ^^v





0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...