Isnin, 4 April 2011

Isu Hangat : Facebook Disaman RM3 Billion

Berita ini disiarkan melalui akhbar kosmo. Adakah pengasas Facebook ini betul-betul Yahudi dan kenapa dia membenarkan page Anti-Yahudi disiarkan? Kita lihat berita selanjutnya.


Mark Zuckerber 

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Pengasas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg dan laman web berkenaan disaman lebih AS$1 billion (RM 3.3 bilion) kerana menyiarkan artikel anti-Yahudi, lapor sebuah akhbar semalam.

Saman terbabit difailkan oleh peguam yang juga seorang aktivis, Larry Klayman di sebuah mahkamah tinggi di sini pada Khamis lalu.

Dalam samannya, Klayman menuduh Facebook lewat menarik semula satu muka suratnya yang bertajuk 'Intifada Palestin Ketiga' bagi menentang Israel. 

Menurutnya, Facebook sengaja membiarkan halaman tersebut kerana faktor komersial. Halaman Facebook itu yang mengajak orang ramai bangkit menentang Israel, menyaksikan lebih 300,000 pengguna mengklik tanda 'suka' terhadap cadangan tersebut.

Intifada atau kebangkitan menentang Yahudi tersebut dirancang diadakan pada 15 Mei depan.

Muka surat itu cuma dipadam oleh Facebook pada 29 Mac lalu, beberapa hari selepas beberapa orang membuat aduan termasuk Menteri Diplomatik Awam Israel, Yuli Edelstein dan sebuah pertubuhan pro-Israel, Liga Anti-Defamasi.

Mengulas mengenai kes tersebut, seorang jurucakap Facebook berkata, dakwaan Klayman sama sekali tidak berasas.

"Kami akan menentang habis-habisan untuk membuktikan kami tidak bersalah," katanya.

Menurutnya, muka surat itu dikekalkan kerana ia bermula sebagai gesaan ke arah bantahan aman sebelum komen-komen di muka surat itu bertukar menjadi lebih ganas. 

- Agensi

2 ulasan:

  1. ini semua sbb nak duit dan nilai komersial je..
    ataupun nk tutup kontroversi yg FB pro-yahudi..

    BalasPadam
  2. Ye..mungkin benar..thanks share pendapat.. ^^

    BalasPadam

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...