Ahad, 10 April 2011

Gigitan Hangat : Syamsul Liyana Sah Bercinta

Syamsul & Liyana
HUBUNGAN cinta antara dua pelakon ini sudah diketahui umum. Meskipun tiada pengumuman rasmi diungkapkan tapi bahasa tubuh mereka mengiyakan kewujudan rasa berkenaan.

Gambaran sayang cukup mudah disampaikan dalam lakonan. Menonton filem Khurafat, menyungguhkan kebenaran. Langsung tidak canggung melakonkan babak berpelukan.

Disebabkan itu juga, Liyana Jasmay kini kebingungan apabila ada pihak tak merestui hubungan mereka. Lantas dikecam yang bukan-bukan.

Ada yang menyampaikan khabar mengatakan bintang filem Castello ini jenis pisau cukur. Sebab itu, cita rasa lelaki idamannya bukan di kalangan orang biasa.

Sudah pasti, anak jutawan atau orang kaya. Kalau tak sebegitu, masakan Liyana begitu berani mendedahkan cerita peribadinya kepada umum. Tapi mengapa hubungan cintanya yang belum sah lagi dengan Shamsul itu diuar-uarkan sedangkan masih di peringkat perkenalan biasa saja.

‘‘Persoalan ini terlalu rumit untuk diperjelaskan. Saya sendiri tak sangka kalau ada pihak yang macam tak merestui. Apa salah saya pun saya tak tahu,’’ kata Liyana menyentuh persoalan hati apabila dibangkitkan.

Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-22 menerusi filem Papadom ini juga mengatakan bahawa dia tak punya kuasa untuk menahan mulut orang dari memperkatakan tentang kesediaan Liyana menerima cinta Shamsul.

Kenyataan yang dikeluarkan Liyana tersebut menunjukkan seolah-olah wanita begitu “gedik”. Mahu segera punya kekasih kaya seperti Shamsul.

‘‘Saya tak punya niat untuk berbangga memberitahu semua orang tentang hubungan kami. Saya sekadar berkongsi cerita peribadi. Tak lebih dari itu.

‘‘Lagi pun selama ini, saya sering berkongsi kepada umum. Tentang apa saja sama ada kisah kerjaya, perkembangan terkini dan apa saja,’’ katanya.

Dia berulang kali mengatakan bahawa dia cukup menyenangi Syamsul.

‘‘Mungkin cara saya bercakap, buat orang saya kelihatan macam mahu sangat dengan Shamsul. Tapi, tak adil kalau orang terus bagi penilaian buruk pada saya macam itu,” tegas wanita ini.

Liyana juga mengakui bahawa dia tak berniat untuk mengambil kesempatan atas nama “hubungan” mereka.

‘‘Saya bukan jenis macam itu. Saya ada pendirian. Lagi pun belum ada sebarang hubungan rasmi. Saya tak boleh bercakap lanjut tentang perkara ini,” tingkah Liyana.

Mengulas persoalan sama ada Liyana adalah seorang materialistik, pelakon filem Duhai Si Pari-Pari ini menafikan sekeras-kerasnya. Menyamakan taraf dirinya seumpama sedemikian seolah-olah dirinya itu cukup hina di sisi masyarakat.

‘‘Saya masih mampu bekerja. Cari duit untuk keperluan diri sendiri. Tak payah nak tumpang orang lain,” tegas Liyana.

Pada masa yang sama, Liyana turut diterjah persoalan tentang kemesraan bersama Shamsul. Tetapi pada satu majlis di Genting Highlands baru-baru ini mereka kelihatan renggang.

Mereka sepatutnya duduk bersebelahan tetapi dipisahkan oleh pelakon Lisa Surihani.

‘‘Bila saya tak duduk di sebelah Shamsul, orang cakap saya bergaduh. Tapi bila orang nampak saya peluk-peluk dengan Shamsul, orang cakap saya gedik.

‘‘Ada juga orang cakap saya bergaduh dengan dia. Masa di majlis post-party, timbul pula cakap-cakap lain. Bila ada orang nampak saya tak bersama dia. Susah saya kalau begitu. Serba tak kena,” katanya lagi.

Jejaka paling dikehendaki

Tatkala diajukan persoalan sama ada Liyana sudah bersedia berdepan dugaan di sisi Shamsul, dia mengakui tak punya jawapan untuk itu. Sekadar memberitahu, dia hanya menyerahkan urusan berkenaan kepada Yang Maha Esa.

‘‘Saya tak boleh nak cakap apa-apa. Sebagai manusia biasa saya tak boleh bercakap panjang tentang soal cinta. Pada masa yang sama, saya memang seorang yang suka disayangi.

‘‘Saya senang apabila ada orang sudi berkongsi kasih dengan saya. Lagi pun hidup dalam kasih sayang membuatkan diri kita lebih dihargai. Tambahan pula sebelum ini, belum ada lelaki yang menawan hati saya.

‘‘ Shamsul adalah seorang yang baik dan menghormati orang tua. Bagi saya, apa yang membahagiakan mereka, cukup sudah menggembirakan hati saya,’’ katanya yang mengakui menjalinkan hubungan dengan Shamsul sekitar bulan September tahun lalu.

Wanita berusia 27 tahun ini bagaimanapun tidak berupaya untuk menolak persepsi negatif segelintir pihak yang masih mempertikaikan hubungan mereka andai rasmi bergelar pasangan kekasih satu masa nanti.


Pemain watak Karlisa menerusi filem Senjakala ini juga menyifatkan karier seninya dilalui lebih 10 tahun itu penuh berduri. Bagaimanapun, pemilik album Aku Tak Percaya Cinta sekitar November 2009 ini punya prinsip.

‘‘Saya tak suka menyesal. Kalau ada orang mengungkit-ungkit cerita lama saya. Tak kiralah membabitkan soal peribadi atau kerja. Bila orang kata, saya tak boleh menyanyi. Saya tak melenting. Sebab itu adalah pandangan peribadi mereka.

‘‘Sungguhpun begitu, semua maklum balas yang diterima itu membuatkan saya lebih matang. Kalau kita selalu sangat ambil pusing cakap orang, sampai bila kita nak berjaya bukan,’’ ujarnya.

Pelakon Wanita Terbaik Filem untuk filem Kami The Movie di Anugerah Skrin 2009 ini juga percaya kata-kata nista itu pasti berakhir satu masa nanti. Apabila mereka letih bercakap dan memulakan hidup baru.
Sumber : utusan

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...