Sabtu, 2 April 2011

Gigitan Hangat : Rossa Bercinta Lagi?

Rossa & Yoyo
Penangkapan pemain drum daripada kumpulan popular Indonesia, Padi pada akhir bulan Februari lalu akibat daripada penyalah gunaan dadah bukan sahaja menggemparkan industri seni Indonesia, tetapi juga Malaysia.

Bukan sahaja hanya kerana dia anggota Padi tetapi juga kerana Yoyo Prasetyo adalah lelaki yang pernah menjadi suami kepada penyanyi popular Indonesia, Sri Rossa Roslaina Handiyani atau Rossa.

Berpisah dengan Rossa pada Julai 2009, Yoyo dan Rossa sempat dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama, Rizki Langit Ramadhan.

Berkesempatan bertemu Rossa di majlis pelancaran album kompilasi terbarunya yang berjudul Harmoni Jalinan & Ceria, Rossa turut menceritakan rasa sedihnya dengan apa yang menimpa bekas suaminya itu.

"Saya juga pada awalnya terkejut dengan berita ini, apatah lagi sebelum ini saya tidak pernah tahu Yoyo ada mengambil dadah. Saya ada berjumpa dengannya sekali sahaja selepas penangkapannya itu, dan sudah tentu saya berharap dia segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat selepas ini.

"Tentang anak, perkara ini masih lagi dirahsiakan, dia masih belum mengetahui ayahnya kini didalam tahanan, dan saya masih belum terfikir untuk memberitahunya.

"Dia memang sentiasa berada di bawah jagaan saya, dan hanya sekali sekala diambil oleh Yoyo untuk dibawa berjalan-jalan, jadi dia tidak terasa dengan penangkapan ini,"luah Rossa.


Rossa Bahagia Sekarang
Bercinta semula

Biarpun sedih dengan apa yang berlaku pada mantannya itu, Rossa sebenarnya tidak dapat menyembunyikan perasaan bahagia yang sedang berhuni di hatinya sekarang. Tidak berenggang dengan telefon bimbitnya dan kerap kali dilihat tersenyum sendirian ketika membaca kiriman mesej daripada seseorang, ia jelas sekali menggambarkan Rossa kini sedang dilamun cinta.

"Ia sukar sekali untuk saya bercerita soal cinta, tetapi yang nyata ada seseorang yang rapat dengan saya sekarang. Dia bukan dikalangan orang seni, dan saya juga tidak pernah membawa dia kemana-mana majlis.

"Bukan dia tidak suka, tetapi saya tidak mahu wujud macam-macam gosip nanti. Saya memang jarang sekali mahu bercerita soal peribadi, apatah lagi soal berkaitan cinta, kerana saya mahu lebih menekankan cerita tentang album dan kerjaya,"luahnya yang mengakui rakan rapatnya itu seorang ahli perniagaan daripada Indonesia.

**TAMBAHAN**


KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun sunyi tanpa album, kini penyanyi dari seberang, Rossa muncul dengan album baru, Harmoni: Jalinan Nada & Cerita.
Album yang memuatkan 14 buah lagu itu merupakan lagu-lagu kompilasi yang pernah popular serta dijadikan runut bunyi dalam filem dan drama yang antaranya lagu Tegar, Ayat-Ayat Cinta dan Hey Ladies.
Menurut Rossa, dia turut menampilkan sebanyak tiga buah lagu baru iaitu Memeluk Bulan, Jagad Khayalku dan Ku Menunggu, dan ketiga-tiga lagu tersebut merupakan hadiah buat peminat-peminatnya.
“Sebenarnya album ini diinspirasikan daripada filem kegemaran saya iaitu Notting Hill lakonan Julia Robert yang menampilkan lagu-lagu cinta popular.
“Justeru itu, saya pun nak kumpulkan kesemua lagu-lagu popular saya untuk disatukan dalam album ini.
“Bagaimanapun, tiga lagu baru yang dihasilkan pasti memikat hati para pendengar kerana konsep nyanyian yang pelbagai,” katanya pada sidang media pelancaran album Harmoni:Jalinan Nada & Cerita di Restoran IlPrimo, di sini, Rabu.
Tambah Rossa, lagu Ku Menunggu yang dihasilkan dalam bentuk akustik itu mempunyai persamaan dengan lagu Ku Merindu, yang pernah dibawakan oleh Ella dan Shah. Ia menggunakan khidmat komposer yang sama iaitu Mery LC.
Bagaimanapun, penyanyi berusia 32 tahun itu berharap agar tiada sebarang kontroversi yang tercetus hanya kerana persamaan lagu yang dibawakannya.
“Walaupun melodi lagunya sama, lirik dan susunan lagu ternyata berbeza. Saya dapat tahu tentang persamaan ini selepas merakamkan lagu tersebut. Ternyata saya serta Ella dan Shah mempunyai cita rasa yang sama.
“Saya harap lagu ini tidak akan menimbulkan masalah. Lagipun ia seronok untuk dinikmati. Saya merakam lagu ini bukan mahu timbulkan masalah, sebaliknya mahu para pendengar serta peminat senang dan gembira dengan lagu itu,” tuturnya.

Sumber : manggaonline

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...