Sabtu, 16 April 2011

Gigitan Hangat : Saya Dah Lali Gosip Shahir-Rozita

Rozita & Safi Rania Gold
"Saya dah lali dengan gosip pasal saya dan Shahir. Saya tak kisah dan anggap ia perkara biasa sahaja." Demikian kata pelakon cantik Rozita Che Wan bila ditanya pasal gosip hubungannya dengan Shahir.

Dia macam dah agak perkara itu akan dibangkitkan bila muncul dalam majlis sidang akhbar perlantikannya sebagai duta baru Safi Rania Gold di Kuala Lumpur semalam.


Dia juga tidak anggap hubungan mereka sebagai sesuatu yang boleh dihairankan. Apatah lagi kerjanya sebagai pelakon memungkinkan pertemuannya dengan artis baru yang sarat dengan kontroversi itu.

Malah dia baru berganding dengan Shahir dalam sebuah telefilem berjudul Summer Camp baru-baru ini.

Lebih hot bila dia dan Shahir digandingkan sebagai pasangan kekasih dalam telefilem itu. Pasti ramai yang mahu melihat chemistry mereka di kaca TV kan?

Sebagai pelakon dia akan berkawan dengan sesiapa sahaja dan tak mahu menghiraukan gosip yang menimpa.

Dia tidak mahu gosip pasal dia dan Shahir membuatkan dia berasa kekok bila digandingkan. Sebab itulah dia hanya buat tak tahu saja bila menjadi sasaran gosip.


“Saya tak mahu susahkan fikiran untuk memikir pasal gosip. Sebelum ini pun orang selalu cakap tentang hubungan saya dengan Datuk K (Khalid Mohamad Jiwa) dan ramai lagi. Kalau kita tak buat pun orang tetap akan bercakap juga,” kata Rozita.
 
                                                    Gimik bersara?


Rozita pernah mengatakan mahu bersara tidak lama dulu. Tapi selepas pengumuman itu dia semakin rancak berlakon. Satu demi satu drama lakonannya selepas membuat pengumuman itu.

Sekarang apabila dilantik sebagai duta produk semestinya ada tanggung jawab untuk mempromosikannya. Apakah pengumuman bersara dulu sebagai gimik semata-mata?

"Saya bukannya sengaja mencipta gimik untuk meraih lebih tawaran berlakon, sebaliknya perkara itu tiba-tiba datang membuatkan saya membatalkan hasrat dan terus berlakon," jelasnya.

Selain telefilem bersama Shahir, Rozita baru selesai menjalani penggambaran drama bersiri Mata Ayer di Perlis. Dia juga akan muncul dalam beberapa produksi antaranya, Sajundai, Memori Semalam, Kiah Pekasam dan beberapa lagi.

"Saya berterima kasih kepada Wipro Unza kerana kepercayaan melantik saya sebagai duta Safi Rania Gold.

"Saya juga seorang pengguna Safi dan semestinya saya bangga apabila dilantik sebagaui duta satu produk yang kukuh kedudukannya," jelas Rozita.
Rozita Che Wan


Rozita mengaku sukakan Safi Rania Gold yang berfungsi melambatkan proses penuaan, menghilangkan jeragat, kekusaman wajah dan kemampuan mengekalkan keanjalan kulit.

"Saya bangga mewakili wanita seusia saya dan akan berkongsi rahsia kecantikan dengan mereka," kata Rozita.
Shahir AF8

Foto: Noor Asrekuzairey Salim

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...