Sabtu, 30 April 2011

Gigitan Hangat : Jihan Tersingkir

Jihan Maharaja Lawak
Seperti yang dijangka, Jihan menjadi peserta yang mendapat undian paling rendah pada malam Maharajalawak Minggu ke5 ini sekaligus membuatkan satu-satunya pelawak wanita ini tersingkir dari terus berada dalam Maharajalawak.

Menyingkap kembali persembahannya sejak dari awal pertandingan, persembahan yang dibuat oleh Jihan tidak begitu konsisten dan adakalanya kurang mendapat sambutan daripada penonton. Bahkan undian yang diterima juga kurang memberangsangkan.

Biarpun sebelum ini, Jihan berjanji akan melakukan yang terbaik pada minggu ke5 ini, Jihan nampaknya terpaksa akur dengan keputusan yang telah ditetapkan.

Jihan mengakui dia tidak pernah terfikir untuk berada di pentas final untuk program Maharajalawak ini, setelah melihat prestasi peserta-peserta senior yang cukup hebat.

"Sememangnya saya tidak meletakkan target untuk ketahap final, saya tahu kemampuan saya tidak mampu melepasi kehebatan pelawak-pelawak senior seperti Jozan dan Nabil, tapi setiap minggu saya berusaha yang terbaik untuk dipersembahkan pada peminat.

"Asalkan peminat saya terhibur, itu sudah memadai bagi saya,"jelasnya

Apa pun yang berlaku, diharap Jihan akan meneruskan kerjayanya dan tidak terus berputus asa.

Antara peserta yang tinggal adalah Jozan, Nabil, Sepah, Jambu, Balas, Man dan Amir.

Admin Kata : Adakah Amir @ Balas yang akan tersingkir pada minggu ke-6? ^^v

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...