Ahad, 24 April 2011

Gigitan Hangat : Ashraf Muslim Sudah Bertunang

Nor Dayana & Ashraf Muslim
Pelakon dan pengacara kacak, Ashraf Muslim telah selamat melangsungkan pertunangan bersama gadis pilihannya, Noor Dayana Lokman, 24 tahun di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah, Gombak jam 9.45 pagi tadi.

Menggayakan busana milik Ezuwan Ismail, pihak Ashraf membawa lima buah dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pihak perempuan.

Mengenali Dayana pada tahun 2009 yang lalu, menurut Ashraf dia tertarik pada gadis itu sewaktu pertama kali melihatnya di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah, namun ketika itu dia tidak menyangka Dayana merupakan anak kepada Tuan Haji Lokman, pemilik pusat rawatan itu.

"Dayana seorang yang baik dan kebetulan pula kami berada dalam satu jurusan yang sama, iaitu perubatan jadi banyak keserasian antara kami.

"Memandangkan saya selalu berada di sini (pusat perubatan), begitu juga dengannya, jadi saya rasa tidak elok jika kami biarkan hubungan ini lama-lama dan akhirnya kami ambil keputusan untuk bertunang.

Ditanya tentang perancangan tentang perkahwinan, Ashraf mengakui dia dan Dayana akan melangsungkan pernikahan pada 1 Syawal tahun ini di tanah suci Mekah.

"Insya-Allah majlis pernikahan akan dilangsungkan di Mekah pada 1 Syawal ini, dan saya akan bertolak ke sana pada 17 Ogos untuk mengerjakan umrah terlebih dahulu bersama bakal bapa mertua, Lokman Abdul Hamid.


Dayana Terima Ashraf Seadanya

Dayana kini sedang mengikuti kursus perubatan tahun keempat di Manipal University, India dan di bawah tajaan biasiswa Mara dan sekarang dia sedang membuat latihan klinikal di Manipal-Melaka Campus di Air Keroh, Melaka.

Menerima kehadiran Ashraf seadanya, jelas Dayana perubahan dalam diri Ashraf menjadikan dirinya kagum dengan lelaki itu.

"Saya tahu dia seorang artis, dan saya terima seadanya dirinya dan tidak menghalang minatnya terhadap perkara itu.

"Ashraf seorang yang baik, saya kagum melihat perubahan yang berlaku dalam diri Ashraf selama ini, dan berbangga dengannya,"jelas Dayana.

Ashraf kini cuba untuk menghentikan sementara aktiviti lakonannya demi untuk menumpukan kerjaya dalam bidang perubatan.

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...