Jumaat, 8 April 2011

50 Tips Menghapuskan Teman Online

Kadang-kala kita seronok berkawan dengan teman on-line sehingga menimbulkan kemesraan dan persahabatan maya yang begitu unik. Apatah lagi jika dia berlainan jantina. Ada yg berlanjutan begitu lama sehingga sehari tak online pun dah rasa rindu. Tak nafikan, persahabatan maya dirasakan begitu selamat kerana kita hanya bersua di alam siber tanpa bersua muka. Identiti sebenar kita juga tidak akan diketahui teman kita kecuali kita memberitahu. Itu pun ada yg masih nak menipu dan mereka cerita.

Namun ada yg jujur dan ikhlas utk berkawan dgn kita dan kita pun tak keberatan utk menerimanya sebagai teman on-line. Teman on-line ini menjadi tempat kita bertukar pendapat, berkongsi rahsia, pengalaman dan maklumat serta adakalanya sebagai tempat kita mengadu masalah dari hal kerja hingga ke hal peribadi. Kita berchit-chat berjam-jam lamanya dengannya, bergurau-senda, berbalas gambar dan berbalas e-mail. Tidak mustahil hubungan maya yg dianggap persahabatan biasa oleh kita dianggap lain olehnya. Dia mula menganggap kita teman istimewanya dan berimpian utk menjadikan kita kekasih sebenarnya di alam realiti. Tapi kita tidak bersedia utk menerimanya sebagai kekasih, malah mungkin tak terfikir langsung ke arah itu. Selama ini kita melayannya kerana menganggap persahabatan ini hanya setakat keyboard dan monitor saja. Lagipun kita seronok berkongsi pendapat dengannya dan mempunyai teman siber… itu saja.
Tapi bila dia mula bercakap soal2 cinta dan bahasa pun dah lain macam, sudah tentu kita rasa tak selesa. Apatah lagi jika kita dah berpunya atau dah berkahwin. Atau dia yg dah berkahwin dan punya anak! Lagi teruk jika dia memang tak sesuai utk menjadi kekasih kita atas pelbagai sebab. Bila dia mula meluahkan perasaan, lagilah kita pening! Dia asyik melayangkan e-mails yg merayu-rayu dan cuba pelbagai cara utk menagih simpati atau cinta kita. Bila kita masuk chit-chat, nickname dia pasti terpacul di mesej box kita. Kita mula mencari jalan utk menjauhinya. Ada pula yg baru kita kenal di IRC, atau tempat lepak siber yg lain, dah mula mengajak bermain cinta. Semua ini tak masuk akal! Di sini di ajarkan 50 cara utk menghapuskan teman on-line yg ingin kita jauhi tersebut. Ia adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman on-line sebenar yg pernah dilalui oleh kebanyakan orang. Ingat..Mr Delete Key adalah sentiasa menjadi teman baik wanita.. begitu juga Mr Block Sender dan Mr Filter !

50 cara tersebut:


1. Jangan respon.
2. Jadi seorang yg menyakitkan hati sehingga dia hilang minat terhadap kita.
3. Buat-buat macam tak berminat sehingga dia bosan dan menjauhi diri.
4. Katakan anda memang tak berminat secara jujur dan diplomasi secepat yg mungkin.
5. Tunjukkan sesuatu yg spesifik pada dirinya yg tak sesuai dengan kita. Contohnya, “ Saya tak keluar dengan org yg dah ada anak ” , “ Saya tak selesa berhubungan dengan duda ” atau “ Saya tak percaya pada hubungan jarak jauh!
6. Beritahu perkara sebenar.
7. “ Let’s just be friends. ”
8. “ Terima kasih atas mesej awak. But, I am not available at present. Hope you find your real mate soon.
9. “ Saya dah berkawan dengan ramai orang.. jadi terima kasih sajalah..
10. “ Saya betul-betul tak berminat, terima kasih.
11. “ Awak tak memenuhi citarasa saya.
12. “ Maaf.. saya masih tak boleh lupakan kekasih lama saya. Jadi, saya tak bersedia utk memulakan hubungan baru.
13. “ Saya tak yakin awak boleh memenuhi semua kehendak saya.
14. “ Saya sebenarnya tak begitu berminat dengan hal2 cinta.. but it was nice to meet you.
15. “ Saya suka bertemu awak di Internet. Tapi saya rasa kita tak ada hubungan yg istimewa. Semoga awak bertemu dengan teman lain yg boleh awak menjalin hubungan. "
16. “ Seronok berjumpa awak.. tapi saya hanya menganggap awak teman on-line biasa. Semoga awak berjaya mencari teman di Internet
17. “ Maaf, saya begitu sibuk sejak kebelakangan ini..
18. “ Saya yakin awak seorang yg baik. Tetapi saya tak rasa kita akan bertemu secara bersemuka di realiti "
19. Puji niat baik mereka tetapi kemudian jelaskan ” Saya sudah ada menjalin hubungan dgn seseorang yg saya kenal sebelum awak… jadi maaf ya!
20. “ Terima kasih kerana minat awak tu, saya suka dengan puji-pujian awak. tapi, saya tak berminat dgn sesiapa pun pada waktu ini. Saya ucapkan Good Luck pada awak utk mencari teman lain yg sesuai

21. “ Terima kasih kerana menulis kepada saya. Tetapi sekarang saya berdating dgn beberapa orang dan tak ada masa utk seorang lagi.
22. “ Perbezaan budaya dan cara pemikiran menghalang kita. Terima kasih.
23. “ Saya dah berjumpa orang lain.
24. “ Saya bukan perempuan normal
25. “ Awak tak sesuai dengan saya. Saya mempunyai citarasa yg tinggi.
26. “ Saya akan ke luar daerah utk jangka waktu yg lama
27. “ Terima kasih.. tapi saya sudah berhenti mencari cinta di Internet.
28. “ Saya dah kahwin.
29. “ Awak tinggal di London saya tinggal di Malaysia.. Hubungan ini tak akan menjadi! ”
30. “ Saya tak berminat utk menjalin hubungan serius. Perlahan-lahan laa dan tengok apa yg akan berlaku.
31. “ Saya mencari seseorang yg lebih tua
32. “ Saya mencari seseorang yg lebih muda.
33. “ Terima kasih tapi terima kasih sajalah…. Good luck. ”
34. Untuk tidak mengecilkan hati mereka, cakaplah sesuatu pada diri anda yg pasti mereka tak akan suka seperti “ Saya ni pemalas dan tak pandai memasak. Kat rumah semua mak buat. ” Pasti mereka pula menarik diri!
35. Hantar mereka gambar monyet!
36. Blok nama mereka dalam program instant messenger anda atau e-mail anda!
37. Tukar nama nick anda semasa on-line di chat room.
38. Hilangkan diri anda buat sementara atau terus hilang begitu saja!
39. Menolak pelawaan mereka utk bertemu dgn baik.
40. Bila dia ajak chat.. dc saja! Atau klik off pada ICQ atau instant messenger.
41. Beritahu mereka komputer anda asyik meragam. Jadi, tak boleh nak chat!
42. ” Oh.. saya tak sangka awak menaruh minat pada saya.. tapi saya mencari seseorang yg sedikit berbeza..
43. “ Maaf… saya rasa kita tak secocok.. Good luck on your journey!
44. Bila dia mula cakap merapu.. soal cinta.. perasaan dan sebagainya.. buat tak layan saja! Cakap topik lain.
45. “ I’m sorry, you seem like a really nice person, but I’m not interested.
46. “ Maaf.. hubungan kita pasti tak akan menjadi.. Saya ada firasat yg kuat. Saya beritahu awal2 kerana tak mahu awak terus mengharap.. Carilah orang lain. "
47. “ Tak! Tak berminat.. terima kasih. Harap awak tak tanya lagi! "
48. “ Jika awak berdegil, saya akan komplen pada Sys Admin.
49. “ Maaf, saya ni sebenarnya lelaki!! "
50. “ Saya pendek, hitam, gemuk dan hodoh !

Kaedah ini hanyalah sebagai pembacaan sahaja. Ambil mana yg baik dan buang mana yg buruk. Pasti anda punya cara tersendiri utk menolak cinta di Internet!

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...