Jumaat, 18 Mac 2011

You're Beautiful ~ Bersama A.N.JELL

A.N.Jell
Pernahkah anda tiba-tiba daripada seorang yang biasa kemudian dipaksa menjadi seorang artis atau penyanyi dalam sebuah band yang terkenal? Pernahkah anda jatuh cinta pada seseorang dalam ahli kumpulan kamu? Pernahkah anda menyamar daripada seorang perempuan menjadi seorang lelaki? Dan yang lebih mendebarkan, anda perempuan dan hidup dalam kelopok lelaki...kalaulah saya nie wanita, dah lama lari, yela macam mana nak mandi? Macam mana lak nak tukar pakaian? Lelaki nie suka tanggalkan baju bila panas, seorang diri, atau masa-masa tertentu. Paling penting sekali, macam mana nak sorokkan sebahagian anggota badan yang menjadi titik rahsia jantina kita.

Tapi berlainan dengan Go Mi Nyu adik kepada Go Mi Nam lakonan dua watak adik beradik kembar lelaki dan wanita oleh Park Shin Hye. Dalam cerita siri Korea yang gempak pada tahun 2010 yang lepas iaitu You're Beautiful mengisahkan seorang gadis yang bakal menjadi Sister disebuah Church. Namun impiannya tidak dapat dilaksanakan kerana dipaksa oleh sebuah syarikat rakaman abangnya, Go Mi Nam untuk menggantikan abangnya sebagai vokalis kedua selepas Hwang Tae Kyung ( lakonan Jang Geun Seuk ) dalam kumpulan band terkenal iaitu A.N.JELL. Go Mi Nam terpaksa pergi ke Amerika untuk mengubatkan matanya yang sakit. Jadi, adiknya Go Mi Nyu terpaksa menyamar sebagai abangnya kerana ingin menjaga career dan tambahan lagi impian abangnya untuk mencari ibu kandung mereka yang telah lama menghilangkan diri. Kedua-dua adik beradik ini merupakan anak yatim piatu dan Go Mi Nam percaya dengan bernyanyi, ibunya akan sedar dan mencari mereka. Selain itu, terdapat dua lagi kawan lelaki Hwang Tae Kyung iaitu Kang Shin Woo ( lakonan Jung Yong Hwa ) dan juga Jeremy ( lakonan Lee Hong Ki ).

Hwang Tae Kyung

Go Mi Nyu
Bagi saya la kan, cerita nie sangat menarik sebab jalan ceritanya yang menarik dan dibarisi oleh pelakon-pelakon yang tampan dan cantik. Go Mi Nyu ( Go Mi Nam ) mempunyai suara yang merdu sehinggakan ramai tidak sangka bagaimana seorang lelaki mempunyai suara seakan-akan wanita dengan wajah yang comel. Secara ringkasnya, cerita ini bermula dengan kemasukan Go Mi Nyu ke dalam kumpulan A.N.JELL, pada mulanya vokalis pertama Hwang Tae Kyung tidak senang hati dan kadang-kadang cemburu dengan suara Go Mi Nam yang merdu dan menarik itu. Tapi lama kelamaan, Go Mi Nam ( Go Mi Nyu ) telah jatuh cinta pada Hwang Tae Kyung dalam senyap-senyap. Cinta dalam hati. Selepas itu banyak dugaan yang terpaksa dihadapi oleh Go Mi Nam termasuk mengrahsiakan identitinya sebagai perempuan sementara menunggu kepulangan abangnya.

Fuh... memang seronok, lucu, sedih, gembira dan romantik ceritanya, saya tidak mahu menceritakan selebihnya, nanti spoiler... HeHe... mungkin ada yang dah tengok, mungkin ada yang tidak, tapi untuk pasangan yang bercinta atau berkahwin, anda dipersilakan untuk menontonya. Sebagai resipi untuk menarik minat anda, lagu tema ini adalah sebahagian daripada nyanyian kumpulan A.N.JELL yang bertajuk " Without Words ". Di bawah ini, saya poskan video lagunya daripada Youtube. Mungkin sedikit sebanyak mampu memberi gambaran ceritanya kepada anda. Selamat menonton !!! :)


2 ulasan:

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...