Jumaat, 4 Mac 2011

Sesi Jenaka : Antara Dua Darjat

Laugh
"Saya sedar siapa saya..!!bentak Ahmad kepada pujaan hatinya Liza.

"Awak,maaf saya tak dapat nak memberi kasih sayang saya kepada awak,lihat jekla diri awak tu....,"Liza tak menghabiskan katanya.Matanya melirik badan Ahmad dari atas kebawah sambil menggeleng-geleng kepalanya ala-ala Juhi Chawla bile nyanyi ngan Shah Rukh Khan.Kemudian die tergelak.

Ahmad yang merasa dirinya terhina membalas dengan berkata"saya tau awak malu dengan saya,saya dah la pakai baju lusuh,tade motor gi jalan-jalan pown naik beskal jerk,lainla awak tu kaya....,"Balas Ahmad kepada Liza.Die sedar die dan Liza ibarat langit dengan bumi,Liza anak Dato' Mansor,seorang usahawan petai dalam tin yang berjaya,sedangkan dia,anak penoreh getah.


"Awak cakap je la awak nak anak orang kaye kan?ye la kita putus jerk la!!kata Ahmad sambil menunggang basikal yang sebelum ini disandarkannya diperdu pisang.

Ahmad mengesat airmata ketika meninggalkan Liza,Liza memandang Ahmad sambil gelak-gelak dengan angkuhnya...ketika Ahmad semakin jauh dan mahu membelok selekoh untuk kerumahnya,Liza kemudian menjerit,"Ahmad!!nanti kita main sama-sama janganla merajuk!!

"Ish,Ahmad ni belum sunat lagi dah nak kawen ngan kite,"kata Liza budak darjah 4 SK Sri Tanjung dalam hatinya sambil tergelak-gelak ala2 cipan mengalami kesukaran untuk melahirkan anak kembar.

THE END....
Khatan

2 ulasan:

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...