Khamis, 10 Mac 2011

Perlukah Kita Tahu Siapa Ex-Boyfrenz @ Ex-Girlfrienz Kekasih Kita ?

Selepas makan malam 2,3 hari yang lepas, sewaktu saya melihat status-status Facebook kawan-kawan dan kenalan yang tidak dikenali, saya terpandang satu couple yang asyik berbalas komen tentang bekas kekasih diri masing-masing. Macam nak gaduh pun ada. Bagi saya la kan, lau gaduh sebab ex-bf atau ex-gf nie, tak elok untuk hubungan kita terutama yang sedang bercinta, mahu bercinta dan yang dah kahwin. Memanglah seronok kalau dapat tahu tentang bekas teman kekasih kita, tapi adakah itu betul?



Sesetengah orang fikir, lau dapat tahu sedikit tentang bekas kekasih kita, kita dapat bandingkan dengan diri kita. Ada dua perspekstif berbeza, satu kita dapat baiki kelemahan kita, satu lagi mungkin kita rasa kita bukan untukknya. Kadang-kadang, bila kita rasa si dia tidak sesuai untuk diri kita, mulalah kita cakap yang bukan-bukan, padahal si dia tidak kisah pun tentang kita. Yang lelaki selalunya takut nak bercerita tentang bekas teman wanitanya kerana bimbang si dia yang dicintai sekarang cemburu, ragu-ragu dan banyak soal. Yang wanita lak, lain ceritanya, wanita nie kadang-kadang suka bercerita perihal bekas teman lelakinya, mana taknya.. wanita nie suka bercerita. Sebenarnya, wanita suka bercerita sebab nak sampaikan mesej pada temannya sekarang supaya tidak mahu jadi seperti bekas temannya. Tapi lelaki nie kadang-kadang lau panas baran atau kuat cemburu, mesti fikir lain. Tapi lau yang penyabar dan memahami si dia.... tentu tenang, tak delah nak gaduh-gaduh... ehem.. macam saya la..HeHe  XD

Kalaulah tahu kita nie pernah bercinta kemudian putus dan mahu sambung balik, tak payahlah kita nak 
sembang-sembang dengan ex kita terutama dekat Facebook , punyalah banyak komen kat situ. Lau kita terbaca komen daripada bekas teman kekasih kita camner? Tak ke panas hati kita? Haish...

Memanglah banyak pandangan masing-masing, tapi bagi saya, tidak wajib atau perlu untuk tahu maklumat tentang bekas kekasih kita. Tapi lau perlu, tengoklah keaadaannya dan masanya, kalau pasangan kita nampak OK jer... Go on la... tapi jangan tiap-tiap hari duk cakap pasal bekas teman jer... tengok-tengok.. kita lak yang jadi bekas seterusnya... Kih3.. So pe2 pon, korang fikirkanlah sendiri yer..tak yah nak gopoh-gopoh nak tahu semua, simpan bila nak kahwin nanti... :)

Ex-Boyfriend


2 ulasan:

  1. saya tau semua kisah ex suami saya sebelum kawen lagi.. saya jenis berfikiran terbuka tentang ni. Terpulang pd seseorang jugak.. macam sy ok jer .. terima sbg kisah silam. kdg2 ada juga cemburu tp tak memudaratkan.. bg org yg susah utk kawal cemburu di nasihatkan tak payah la tanya pasal ex pasangan tu risau mengundang keburukan

    BLOGGER POPULAR NYAMAR CIK ANON KUTUK BLOG KAKI MOTONG

    BalasPadam
  2. Yer... setuju dengan saudari, memang susah lau asyik nak pk sal orang yg xde kaitan dalam hidup kita, baik kita tumpukan pada si dia yg dah kita miliki...^^

    BalasPadam

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...