Ahad, 27 Mac 2011

Insaf : Realiti Sebenar Bunuh Diri Di KB Mall

Saya teramat kecewa dengan sikap masyarakat yang beranggapan negatif dan suka melemparkan fitnah ke atas seseorang yang nyawanya hampir dicabut oleh dirinya sendiri. Saya terkedu melihat video youtube tempoh hari yang memaparkan keadaan dan situasi bagaimana seorang gadis cuba membunuh diri dengan menaiki bangunan KB Mall dan berada di tingkat atas sekali. Namun begitu, tahniah kepada "Abang BOMBA..." kerana sanggup menggadaikan nyawa demi menyelamatkan gadis itu.

Cubaan Terjun

Usaha Menyelamat



Orang Ramai Membantu Mangsa



[BH] KOTA BHARU:
Tindakan pantas orang awam menyediakan tilam berjaya menyelamat seorang gadis yang terjatuh dari tingkat tiga bangunan kompleks beli-belah KB Mall setinggi 30 meter, petang semalam.

Mangsa berusia 20-an yang dipercayai sebelum itu bergaduh dengan teman lelakinya dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk menerima rawatan.

Sebelum itu, jam 3.50 petang pengunjung KB Mall dikejutkan dengan tindakan gadis itu yang memakai baju putih lengan pendek dan berseluar jeans serta memegang pisau berdiri di tepi tingkat bangunan berkenaan.
Gadis itu berlegar di sudut bangunan sambil memegang pisau kemudian kelihatan bercakap melalui telefon selain menghantar SMS dan secara tiba-tiba cuba menggelar tangan serta lehernya.

Kira-kira 15 anggota Bomba dan Penyelamat dari Kota Bharu serta Pengkalan Chepa yang berada di bangunan itu memujuk gadis berkenaan selama 20 minit, namun gagal menyebabkan seorang anggota menghampirinya itu dalam usaha cuba memujuk mangsa.

Penguasa Bomba Bahagian Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat, Shahrin Yusmal Mat Yusof, berkata anggota Bomba, Mohd Zaki Ismail kemudian turun ke tepi bangunan dan menangkap tangan mangsa.

“Mohd Zaki berjaya menangkap tangan mangsa, namun gadis itu meronta-ronta untuk dilepaskan sehingga separuh badan mangsa hampir terjatuh.
“Oleh sebab tangan mangsa yang licin dan meronta-ronta, pegangan Mohd Zaki terlepas sekali

2 ulasan:

  1. Nampak sangat masyarakat (blogger?) suka memandang negatif terhadap sesuatu event atau isu. Daripada mengutuk perempuan tersebut, saya rasa adalah lebih baik kita puji usaha abang bomba yang menyabung nyawa untuk menyelamatkan mangsa.

    BalasPadam
  2. Setuju... kalau mampu sama-samalah cuba membantu, tapi baguslah... nyawa gadis itu sempat diselamatkan.... walau apa-apa sebab sekalipun, xyahla bunuh diri... sayangi diri... masalah boleh diselesaikan... ^^

    BalasPadam

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...