Khamis, 17 Mac 2011

Gigitan Kisah : Cinta Sembuhkan Cancer

Perkongsian cinta kali ini saya ingin berkongsi sedikit fantasi cinta yang mungkin akan memberi inspirasi kepada kita semua. Suatu hari, seorang lelaki sedang bergelak ketawa bersama- sama rakannya disebuah restoran. Sedang lelaki itu gembira ketawa, tiba- tiba salah seorang kawannya menegur, “sahabat, mengapa hidungmu berdarah?”

Lelaki itu terus mengusap lembut bahagian hujung hidungnya, ternyata dilihatnya cecair berwarna merah.. “maaf, saya ke tandas seketika”, kata lelaki itu meminta diri seketika.

Di dalam tandas, lelaki itu menitiskan airmatanya. Teringat akan kata- kata doktor yang masih berbisik diteliganya. “Hasil daripada pemerikasaan, saya mendapati awak positif  early stage of brain cancer, harap banyak bersabar dan nantikan hasil pemeriksaan yang seterusnya” kata doktor.

Pada saat itu, segala harapan dan semangat seakan pudar. Lelaki itu merasakan jiwa dan sekelilingnya kosong. Tiada siapa yang tahu cabaran yang sedang dihadapinya. Seminggu sebelum lelaki itu mengetahui dirinya menghidap cancer, lelaki itu telah memutuskan hubungan cintanya kerana kecewa dengan sikap wanitanya tidak jujur.

Sepanjang malam lelaki itu seringkali menitiskan air mata mengenangkan cabaran yang dihadapinya. Tanpa mendapat perhatian daripada seseorang pun. Segala- galanya dirahsiakan demi menjaga ketenangan keluarga dan teman.

Pada suatu malam, lelaki itu bermimpi berjumpa dengan bidadari jelita. “Usah menangis dan sedih kerana kematian pasti tiba, kamu harus lebih semangat sepanjang tempuh hidupmu..” kata bidadari itu. 

“Bagaimana harus aku bersemangat sedangkan aku tahu tiada peluang lagi untukku” kata lelaki itu pula.

“Cinta akan sembuhkan semangatmu, tetapi bukan peluangmu..” balas bidadari itu dan terus menghilang perlahan- lahan.

Kembali ke alam nyata…

Lelaki itu terjaga daripada tidurnya dan mendapati segala- gala yang berlaku hanyalah mimpi.. Daripada permulaan kisah ini sebenarnya lelaki itu hanya bermimpi. Hasil daripada mimpi tersebut lelaki itu berasa sangat gembira dan bersyukur kerana masih berpeluang melalui kehidupan yang sihat.

“Cinta akan sembuhkan semangatmu, tetapi bukan peluangmu”

Saya berharap agar pencinta sekalian mendapat inspirasi daripada kisah di atas walaupun sekadar fantasi. Apa yang pasti jika saya lelaki itu pastinya saya akan turut berasa gembira.

Ya, memang benar.. Cinta akan sembuhkan semangat dan bukannya peluang bagi mereka yang kritikal. Namun, Takdir ditangan tuhan. Apa yang kita mampu lakukan adalah harus lebih bersemangat kerana yang benar tidak semestinya benar dan yang tak benar tidak semestinya tak benar.

Kepada anda yang masih memiliki pasangan ketika ini, hargailah pasangan anda. Jangan biarkan terlambat baru nak menyesal...tapi seharusnya cinta kepada si Dia adalah cinta yang hakiki.

Salam Cinta dan Kejayaan!

Oleh : A. Fahd

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...