Sabtu, 26 Mac 2011

10 Perkara Lelaki Tak Mahu Kahwin

No Marriage
1. Bertanggapan bahawa komitmen jangka panjang (perkahwinan) akan menjejaskan hubungan mereka dengan orang lain.

2. Tidak akan lagi dapat menjadi bebas seperti zaman bujang. Bimbang segala aktiviti mereka akan dipantau oleh isteri.

3. Bercerai ! Merupakan perkara yang paling ditakuti oleh lelaki

4. Trauma - Kesan/impak daripada pengalaman masa lampau mereka, seperti pernah berlaku perceraian antara ibu bapa dan anak anak mengalami kemurungan (depression),ataupun melihat konflik atau kegagalan rumahtangga orang-orang lain yang terdekat dgn mereka.

5. Bimbang dan takut apabila sudah berkahwin,mereka akan jatuh cinta lagi dengan perempuan lain.

6. Malas dan takut untuk memimpin rumahtangga,menguruskan urusan dalam rumahtangga seperti perbelanjaan,anak anak, dan sebagainya.

7. Bosan! Mereka beranggapan bahawa berkahwin akan menyebabkan mereka perlu melakukan rutin hidup yg sama setiap hari.

8. Bertanggapan bahawa apabila berkahwin,mereka perlu berkompromi dgn isteri. Dan ini pada tanggapan mereka sedikit demi sedikit akan melunturkan kuasa dan kebebasan mereka.

9. Masih belum bersedia untuk meninggalkan segala keseronokan hidup bersama teman-teman.

10. Tidak mempunyai naluri kebapaan, iaitu tidak mempunyai perasaan dan keinginan untuk memperolehi zuriat sendiri.

2 ulasan:

  1. tepuk dada tanya selera. kalau nak, semua benda2 kat atas tu akan diketepikan. kalau tak kawen anda takkan merasa apa itu perasaan sebagai seorang suami & bapa.

    kalau takut untuk menghadapi kehidupan ini yg penuh dengan warna warni, pahit manis, suka duka, sila tinggalkan dunia ini cepat2 dan pergilah ke alam lain.

    BalasPadam
  2. Waa... hebat sungguh ulasan..saya setuju, kalau ada kemahuan, disitu ada jalan ~ yang penting kesanggupan dan tanggungjawab sbg bapa @ suami ~ ^^v

    BalasPadam

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...