Sabtu, 26 Februari 2011

Tips Memenangi Hati Si Dia

I Love U
Kamu dan si dia kadang-kadang tidak secocok atau seakan jengkel bila bersama. Seolah-olah kamu tidak tahu macam mana mahu memberi aksi dan juga reaksi antara satu sama lain. Kamu kadang-kadang diam sahaja bila bertemu dengan si dia, dan adakalanya kamu tidak tahu memberi ucapan yang sesuai dan tidak tahu membalas dengan tindakan atau ucapan darinya. Kamu binggung, walhal kamu ingin membuat sesuatu atau menyambut kemahuannya. Sekiranya kamu sialp, pasangan kamu akan berasa tersinggung, pelik dan hairan, jadi ada masanya kamu bergaduh disebabkan salah faham dan bukannya perkara yang besar untuk diperbesarkan lagi. Jadi, kamu harus memahami dan cuba memenangi hati si dia dengan sebaik mungkin. Ikutilah tips-tips di bawah ini.



1. Ulang sebut nama, perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan kamu. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepadamu.

2. Kenalpasti keistimewaannya yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan dan kelebihannya itu dengan bersemangat dan pasti dia akan mudah tertawan kepadamu.

3. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaannya. Ini melembutkan hatinya kepadamu.

4. Jika si dia memuji kamu, tunjukkan keseronokan dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa sangat dihargai.

5. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ si dia. Katakan kualiti itulah yang membuatkan kamu suka padanya. Ini buat dia rasa istimewa.

6.Gadis mudah tertawan kepada lelaki yang bersikap `gentleman`. bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
Teamwork


7. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi, bertimbang rasa dan gunakan gerak batin.

8. Cuba jugsa tips ini bagi menambat hati wanita. Kamu harus keraplah bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

9. Hati gadis mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

10. Jika gadis itu sedang marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat.

Sorry

*Ramai pasangan yang menderita bila `girlfriend` terlalu cantik atau `boyfriend` terlalu handsome. Cadangan, cari bakal pasangan kekasih yang setara dan sepadan dengan kita. Tak pening kepala!!!

2 ulasan:

  1. Eceh ..berguna kat Nelly ..hehe

    BalasPadam
  2. Folowla sekali...xpon like fan page..

    TQ sebab lawat n baca tips nie...huhu

    BalasPadam

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...