Jumaat, 25 Februari 2011

Lelaki : 5 Petanda Zaman Bujang Sudah Tamat

*Tanda-tanda si jejaka sudah terlalu lama single*
Perasan
1.Perasan: Bila ada gadis cun berjalan di sebelah dan tersenyum pada kamu mulalah kamu perasan yang diri tu handsome dan ego pun membuak-buaklah. Konon-kononnya mereka terpikat dengan gaya dan keterampilanmu. Tapi cuba kamu perhatikan betul-betul, manalah tahu mereka bukannya senyum sebab kamu memang handsome tapi mungkin mereka gelakkan gaya selekeh kamu atau terlihat cebisan cili di celah gigi kamu masa makan tengah hari tadi.

2. Tabiat makan yang tidak elok: Jika dapur kamu penuh dengan pelbagai jenis perisa mee segera atau lain-lain makanan segera, sahlah yang kamu sememangnya telah lama hidup single. Jadi, apa kata kamu periksa dapur kamu sekarang!


Giler Game

3. Gila game: Counterstrike? DOTA (Dunia Orang Tanpa Awek)? FIFA 2011? Semua ini pastinya masuk dalam senarai hobi orang-orang bujang. Mengisi masa lapang dengan bermain game adalah pilihan terbaik bagi kamu yang tiada kekasih untuk diajak keluar dating. Tapi kalau bermain game berjam-jam lamanya sampai tiada masa untuk aktiviti riadah yang lain pastinya akan merosakkan peluang kamu untuk mendekati gadis di luar sana. Silap-silap hari bulan, kamu akan membujang sehingga ke tua.

4.Meluahkan perasaan dekat perempuan : Apa lagi tanda yang kamu telah terlalu lama single? Kau menjawab pertanyaan kecil kawan perempuan kamu seperti “Camne life skang?” dengan bebelan emosi panjang mengenai hidup single kau yang keseorangan. Makcik tukang cuci pun tahu kesian kat kau yang sedang desperate nak berawek.

5. Kamu mula stalk awek lama kamu : Terima kasih kepada Internet, ringkasan hidup hampir setiap orang mudah dicari hanya dengan meng-Google nama mereka. Disuatu lewat tengah malam kamu sedang menaip nama ex-girlfriend’s kamu di kotak pencarian demi nak usha-usha apa dia tengah buat dengan harapan bunga cinta berputik kembali. Terbaru, dengan adanya Facebook dan Friendster lagi senanglah kamu nak buat kerja stalking nie. Hey hey sudahlah, pergilah lepak mana-mana usha perempuan lain.

Stalker Terhebat


Kredit Kepada : Oh Bulan

3 ulasan:

  1. hehe sempat cari fakta tuh..:)

    jemput ke rumah,
    http//laydie-dda.blogspot.com
    keep in touch ye..♥♥♥

    BalasPadam
  2. Dda Ly : Dah follow blog kamu..thanks!!

    BalasPadam

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...