Isnin, 21 Februari 2011

Lelaki Cantik vs Wanita Gagah

Edwak Kulen
Lelaki dan perempuan sememangnya mempunyai rupa paras tersendiri. Tetapi setiap insan ada kelebihan dan kekurangan. Tapi adakah setiap insan yang cantik itu sememangnya cantik? Dan adakah insan yang tidak cantik itu hodoh? Adakah setiap manusia melihat cantik dan hodoh itu pada paras rupa? Allah itu Maha Cantik... Allah telah menciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian, tapi adakah kita pernah bersyukur? Jadi kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada. Kenapa? Senang sahaja, tekan tetikus, halakan ke bawah.










Kecantikan Lelaki

Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani

Lelaki yang cantik.....................

Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,

Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,

Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,

Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,

Adalah lelaki yang baik sangka dan,

Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati

Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi

Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita  

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,

tetapi pada kekuatan perasaan,

Perempuan yang gagah.................

Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,

Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,

Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,

Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan,

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,

Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan.

Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan... ...
Gagah




0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...