Selamat Datang Ke AwaNiBiRu!

Dapatkan tips percintaan, tentang cinta, luahan hati, masalah cinta, doa cinta, kisah cinta, puisi cinta, artikel cinta, cerpen cinta, hadiah cinta, islam cinta, isu cinta, kreativiti cinta, lagu cinta, laman cinta, lelaki dan wanita cinta, personaliti cinta, perkahwinan, lawak jenaka, ayat-ayat romantik, mutiara kata, kata-kata hikmah, pedoman dan tips persahabatan dan juga info kekeluargaan dan banyak lagi! :) Jangan lupa 'Like' kami di facebook dan 'follow kami di twitter'! ;)

Isnin, 30 September 2013

Kopi Pilihan berdasarkan Zodiak

Bagi peminat kopi, aroma dan rasanya memang menakjubkan ditambah lagi dengan pelbagai corak yang menjadi hiasan untuk tarikan. 
Kopi mampu memberikan nikmat dan membangkitkan emosi seseorang. Selalunya, masing-masing mempunyai 'taste' atau selera sendiri terhadap jenis kopi yang memenuhi citarasa. Apa kata kali ini kita lihat dari sudut zodiak. Yang manakah kopi yang sesuai untuk anda berdasarkan zodiak :).


ARIES
Pemilik zodiak ini biasanya memiliki sifat 'sedikit' keras dan selalu ingin menjadi yang terdahulu. Kopi yang sesuai buat si Aries adalah Triple espresso, aroma dan rasanya yang kuat kiranya sepadan dengan sifat anda. 

TAURUS
Si Taurus biasanya memiliki sifat sederhana dan bersahaja. Sesungguhnya sifat ini lebih berharga dari apaapun di dunia ini. Itulah mengapa Cappuccino dengan aroma klasik paling sesuai untuk memenuhi seleranya.
Cappucino yang memikat  para pelanggan.
GEMINI
Warga Gemini memiliki daya pikat yang luar biasa bagi orang lain, selalu memerlukan teman dan pendapat dari orang lain. Gemini sering mencari kpi yang bersifar menenangkan. Jika anda Gemini, jatuhkan pilihan anda pada Caffe Latte.

CANCER
Tenang dan menyenangkan, itulah Cancer! Kopi yang paling sesuai bagi pemilik zodiak ini adalah Coffee with Mocha atau tambahkan kopi dengan sedikit coklat.

LEO
Peribadi dengan suka bertegnang leher, memiliki banyak cara untuk mendapatkan keinginannya. Hari-hari si Leo makin 'hidup' dengan ditemani secawan Caramel Macchiato.
Yummy..Caramel Macchiato yang membuatkan peminat tidak teragak untuk membeli
VIRGO
Sifat khas virgo ialah memiliki tingkat ketelitian yang sangat tinggi, jadi paling sesuai dengan Caffe Americano dalam gelas regular dan jangan tambahkan bahan lainnya.

LIBRA
Anda yang berteduh di bawah zodiak ini seringkali melupakan 'pertimbangan' dalam setiap tindakan. Hati -hati kerana ini akan  membahayakan! Untuk mendapatkan kesimbangann, kopi yang sesuai bagi zodiak ini adalah Cafe au Lait.

SCORPIO
Memiliki rasa percata diri yang cukup bagus, jarang merasakan penolakan dari diri sendiri. Kopi yang sepadan bagi epmilik zodiak ini adalah kopi yang menurutnya memiliki'sensualiti' tinggi. Jenisnya dapat dipilih sesuai dengan seleranya, asalkan citarasa dan aromanya cukup tajam.

SAGITARIUS
Caramel Latte yang beraroma lembut menggoda sangat sesuai dengan watak Sagitarius. Ini sesuai dengan sifatnya yang selalu ingin terlihat menarik apalagi buat lawan jenisnya.
Caramel Latte yang tak mampu ditolak oleh mana-mana peminat kopi.
CAPRICORN
Selalu tampil ringkas dan tidak menyukai hal-hal yang rumt, paling sesuai dengan kopi Espresso (bukan double atau triple). Nikmati kopi ini dalam suasana santai setelah menyelesaikan pekerjaan berat di pejabat. Pasti kesan menenangkannya sangat terasa.

AQUARIUS
Aquarius dikenal memiliki sifat sosial yang tinggi. Tampaknya, minuman yang mengandung kafein yang tidak terlal penting baginya. Rasberry tea lebih menarik minatnya.

PISCES
Suatu hari, si pisces akan meninggalkan kopi dan beralih pada minuman yang lebih menyihatkan, seperti teh Cina. Sesuai sekali dengan sifatnya yang praktikal dan memiliki rancangan penuh dalam menyusun masa depan.

Apapun, ini hanyalah sekadar suka-suka, boleh sahaja mahu cuba kopi berlainan berdasarkan zodiak tetapi jangan terlalu taksub ye ;). Coffee date pun sesuai juga skang nie. Selamat mencuba bagi yang tak pernah cuba lagi hihi.
:
Coffee date dengan saya? :D

Khamis, 26 September 2013

Adam AF Dan Fiza Elite Kini Sah Suami Isteri

Sejuk mata memandang pasangan sedondon nie ^.^
Barakallah kepada kedua selebriti, Adam AF dan Fiza Elite yang telah sah bergelar pasangan suami isteri hari ini. Ini merupakan hari bahagia dan gembira buat mereka. Tahniah admin ucapkan sekali lagi.


Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul halim,32 yang juga bekas penyanyi kumpulan Elite itu telah selamat diijabkabulkan dengan mas kahwin berjumlah RM300 oleh Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid serta berwakil bapanya, Abdul Halim di Bangunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Shah Alam.



Kedua pasangan pengantin baru dilihat memilih warna putih sebagai busana pada majlis akad nikah, pagi tadi.



Sebelum ini, penyanyi Adam AF2 atau nama sebenarnya Mohd Aizam Md Saman,30 mengaku tidak peduli dengan status janda bakal isterinya itu.


Luahnya: 

"Secara jujurnya saya tidak pernah kisah tentang status seseorang wanita itu, memang ramai yang bertanya saya sama ada saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut.



 "Saya sudah bersedia Insya-ALLAH, harap semua pihak dapat doakan agar saya dapat menjalankan tanggungjawab tersebut dengan ikhlas," katanya.

Semoga pasangan ini tetap teguh dalam menempuhi cabaran dan alam perkahwinan ini. Apapun, jom kita tengok serba sedikit majlis perkahwinan mereka.












Jumaat, 26 Julai 2013

Diet Rasulullah SAW

Mari kita kenali cara diet Rasulullah S.A.W. :)

Rasullulah juga gemar makan dalam dulang bersama-sama sahabat baginda :)
   Antara lain diet cara Rasulullah SAW adalah makan makanan yang seimbang, makan perlahan-lahan, sederhana serta  berkongsi makanan. Rasulullah SAW juga suka minum susu, buah-buahan, tamar, daging, madu, sayur dan bubur kerana makanan itu mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan badan.
                                                                                                      
   Dalam amalan baginda, selepas subuh Rasulullah SAW akan memulakan sarapannya dengan segelas air yang dicampur sesenduk madu asli. Jika dilihat dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan perut, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan peradangan.


   Setelah masuk waktu dhuha, Rasulullah SAW selalu makan tujuh biji kurma ajwa’ untuk menghindari keracunan. Ketika seorang wanita Yahudi meletakkan racun dalam makanan Rasulullah ketika perang Khaibar, bisa racun itu kembali tawar oleh zat-zat terkandung dalam kurma. Sebab itu Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin.

    Selain itu, Rasulullah SAW juga tidak akan  mengambil  dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan dingin secara bersamaan. Beliau juga tidak makan ikan serentak dengan daging dalam satu waktu dan tidak tidur selepas makan kerana ia tidak baik untuk jantung.

   Malahan, Rasulullah SAW juga melarang meniup atau menghembus nafas ke dalam bekas air (makruh) kerana akan berlaku tindak balas yang merubah kadar kealkalian (pH) air itu.

  Sayur-sayuran menjadi pilihan Rasulullah SAW kerana secara umumnya sayur-sayuran memiliki kandungan zat dan fungsi memperkuat daya tahan tubuh dan melindungi daripada serangan penyakit serta mencegah penyakit berpunca daripada gula.

   Rasulullah SAW makan cuka dan minyak zaitun yang dicampurkan dengan makanan asasi seperti roti. Ia bermanfaat mencegah lemah tulang, melancarkan sembelit, menghancurkan kolestrol, melancarkan pencernaan dan menjaga suhu tubuh pada musim sejuk.

   Baginda melebihkan makanan berasaskan bijirin dan ubi kerana ia membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral dan serat. Mengikut piramid makanan, kita disarankan mengambil 8 hingga 12 hidangan makanan berasaskan bijirin dan ubi dalam sehari.

  Ini bermakna Rasulullah SAW meninggalkan untuk kita semua tatacara makanan yang lengkap untuk diteladani. Namun begitu, umat Islam masih dibelenggu pelbagai penyakit yang menyebabkan perbelanjaan orang Islam dihabiskan untuk perubatan serta makanan tambahan. Oleh itu, untuk membentuk kesinambungan generasi Islam, kita harus mencontohi tabiat dan cara makan Rasulullah SAW.

Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras.”  

   Dalam memastikan tubuh kita sihat, seharusnya kita mencontohi amalan pemakanan yang baik sebagaimana yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW.  Jika tubuh sihat, ibadah yang dilakukan sehari-hari akan terasa mudah untuk dilaksanakan.  Apalagi, mari kita mulakan amalan yang baik ini kesihatan diri.

Sabtu, 20 Julai 2013

Abby Abadi Sudah Bergelar Isteri Kepada Farhan

Dalam diam, pelakon Abby Abadi rupanya sedang menyulam bahagia. Hari ini melalui Instagram miliknya Abby mengumumkan yang dia telah 12 hari bergelar isteri kepada seorang pemuda bernama Farhan yang berusia lebih muda darinya.

Melihat gambar-gambar dirakamkan, Arbaiyah Abdul Manan atau Abby, 35, nampak makin gembira dan berseri-seri sejak diikat sebagai isteri oleh pemuda kacak, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24.

bahagia nampak diorg kn :)
Meskipun enggan mendedahkan lebih lanjut tentang pernikahannya yang dikatakan berlangsung di Thailand, sekurang-kurangnya Abby sudah memberikan tarikh majlis kenduri kahwinnya kelak.

Jika tiada aral, pasangan yang diijabkabul pada 9 Julai lalu ini akan mengadakan majlis resepsi mereka pada 31 Ogos akan datang.

Mengulas detik awal perkenalan dengan suaminya yang berasal dari Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan, Abby menyatakan mereka mula berkenalan di sebuah pasar raya.
Daripada bertukar pandangan, mereka tertarik pada satu sama lain lalu berhubung beberapa kali selepas itu.

Abby dipetik bercerita kepada sebuah akhbar tempatan:

“Ketika itu kami membahasakan diri adik dan kakak. Dalam masa dua minggu berkawan, dia menyuarakan hasrat hati mahu menjadikan saya teman wanitanya, tetapi saya kata dalam Islam mesti ada hubungan yang sah jika tidak, hubungan itu hukumnya haram.

Terus dia melamar saya dan saya kata kepadanya, ‘beraninya awak melamar saya’.”

Bagaimanapun akur bahawa jodohnya dan Farhan sudah tertulis di Loh Mahfuz, Abby akhirnya menerima lamaran pemuda berkenaan semata-mata kerana Allah.

Mungkin, itu solusi terbaik bagi pasangan ini bagi mengelak fitnah dan perkara tidak elok sementelah Farhan difahamkan banyak membantu Abby di butik muslimah miliknya yang terletak di Taman Melawati, Syuhada Kasih Abadi.





Dalam pada itu, Abby dilihat agak sibuk kerana turut turun padang membantu jentera pilihanraya PAS menjelang PRK DUN Kuala Besut, 24 Julai ini.

Antaranya semalam, Abby melelong beberapa pakaian miliknya di Karnival ‘Jom Bersama Che Long’ di Kampung Baharu.

Semua pakaian yang dilelongnya habis dibeli malah sepasang kurung hijau bersulam telah dibida bekas Exco Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Alani Abd Kadir pada harga RM1,010.

Difahamkan, hasil jualan itu akan disumbangkan kepada dana jentera pilihan raya PAS.

Isnin, 24 Jun 2013

Pierre Andre Selamat Diijabkabulkan


Alhhamdulillah, dengan sekali lafaz pelakon Pierre Andre, 28, sah menjadi suami kepada Siti Nur Hidayah Hashim, 26, dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Al-Ikhlas Taman Melati, Selayang di sini pada 23 Jun 2013, Ahad.

Pierre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazrul Andre merupakan anak Khatijah Tan dan dia telah berjaya mencipta nama dalam dunia lakonan. Antara filem yang dibintangi dan diarahkan oleh Pierre termasuklah Jangan Pandang Belakang, 9 September, I'm Not Single dan Jangan Tegur.

Pierre bersama isteri dan ibunya
Pierre dan Hidayah telah dinikahkan oleh Imam masjid tersebut Mohamad Zuhdi Razali kira-kira pukul 2.10 petang.

Pihak lelaki membawa tujuh dulang hantaran berupa tepak sirih, sepasang kasut, seutas jam tangan dan beg jenama Guess, wang hantaran, telekung, set minyak wangi, telefon bimbit I-Phone 5 dan set barang kemas jenama Habib Jewels.

Terpancar kebahagian di mata kedua-dua mempelai :)
Sementara itu, pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran terdiri daripada buku, sepasang kasut jenama New Ballance, coklat, seutas jam tangan Alexandre Christie, set kamera, set minyak wangi, barangan elektronik PSVita Wifi, sebentuk cincin dan sirih junjung Pengantin perempuan menerima RM300 sebagai mas kahwin dan RM20,000 sebagai wang hantaran.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

Pierre menyarungkan cincin ke jari manis isterinya pada upacara membatalkan air sembahyang selepas selesai akad nikah.

Sebelum ini pasangan yang berkenalan di laman sosial dua tahun lalu dan menyulami cinta selama lapan bulan itu telah mengikat tali pertunangan pada 9 Februari lalu di kediaman Hidayah di Pasir Gudang, Johor Bahru.

Majlis resepsi dijangkakan akan dilangsungkan selepas sambutan Aidilfitri.

#Admin ucapkan tahniah kepada Pierre dan moga mahligai yang dibina kekal hingga ke syurga dan sentiasa dalam rahmat dan berkat Allah S.W.T, amin.

Antara gambar di majlis pernikahan Pierre dan Hidayah:





























Sabtu, 22 Jun 2013

Amalan Sunat Di Bulan Sya'aban


Dari Aisyah r.a katanya:
Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.

Huraian Hadith:

1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan

3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

iii. Bertaubat

iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Source: JAKIM

Ahad, 16 Jun 2013

Fiza Elite Mula Berhijab

Alhamdullilah. Nampaknya dari ke hari semakin ramai artis mengambil keputusan untuk berhijab. Sekarang nampaknya 'panggilan' buat Fiza Elite untuk berhijab.


Ketika menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 30 pada Ogos 2011 yang lalu, Fiza Elite ada meluahkan hasrat beliau untuk berubah ke arah diri sendiri yang lebih baik & salah satu niatnya adalah untuk berhijab.
Setahun sembilan bulan selepas itu, Fiza Elite nampaknya telah berjaya menunaikan hasrat beliau itu dengan tampil bertudung penuh pada 6 Jun 2013 yang lalu — dan di’umum melalui akaun Instagram.


“Memang saya terfikir untuk bertudung sejak beberapa bulan ini. Saya tak mahu terburu-buru takut nanti saya melakukannya separuh jalan sahaja”

“Mahu berubah ini bukan setakat bertudung sahaja, tapi memerlukan kita untuk berubah secara dalaman juga”

“Cukupkah amalan kita? Cukupkah sembahyang kita?… tetapi kalau suatu hari nanti, anda lihat saya bertudung… itulah dia,” ujar Fiza Elite yang pernah popular dengan imej seksi di zaman remaja.








Bagi admin ini satu trend yang bagus sebab ia dapat beri contoh yang baik kepada peminat2x untuk turut sama berhijrah.  Mungkin akan ada sahaja desas-desus yang tidak baik atas perubahan yang dilakukan tetapi apa pun betulkan niat kerana Allah dan insyaAllah Allah akan sentiasa permudahkan segala urusan untuk kita di dunia dan juga di akhirat.

Source: beautifulnara

Selasa, 4 Jun 2013

Izzue Islam Selamat Bernikah!

Izzue Islam
Pelakon dan anggota kumpulan Forteen, Izzue Islam selamat bergelar suami kepada pengurusnya sendiri iaitu Nurinafilah Waharudin apabila kedua-dua mereka diijabkabulkan dengan sekali lafaz.
Izzue atau nama sebenarnya Muhammadd Izzul Islam Mazlan, 23 dan Nurinafilah atau Awin, 31, dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Waharudin Jonit, 58, dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Masjid Negeri Selangor, Khairuddin Haiyon kira-kira pukul 9.45 pagi di Dewan Shah Alam di sini pada Ahad.

Acara sebelum itu dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 150 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima 11 Dinar sebagai mas kahwin dan RM11,111.11 sebagai wang hantaran.

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.
Awin dan Izzue kelihatan anggun dan segak dengan mengenakan busana songket dari rona putih tajaan ‘Classic Bridal’.

Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan mereka diadakan pada hari sama sejurus selepas majlis akad nikah berlangsung.

Majlis akad nikah dan perkahwinan tersebut dikendalikan oleh N’dah Catering & Weeding Planner itu kelihatan meriah dengan dekorasi menawan berkonsepkan ‘Indoor Garden’.

Sebelum ini pasangan itu telah mengikat tali pertunangan dalam majlis tertutup pada 1 Jun 2012 yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

Izzue dan Awin berkenalan sejak 2008 dan telah bercinta selama enam tahun.

# Beberapa gambar di majlis resepsi mereka:

















Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...